,
Berita

Mukhriz Mahathir Letak Jawatan Menteri Besar Kedah

ZULHILMI JALIL
17/05/2020
08:48 MYT
Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah hari ini berkuat kuasa serta-merta.
Pengumuman itu sekali gus membawa kepada pembubaran pentadbiran kerajaan negeri yang disertai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (Exco) Kedah dari kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah.
"Pagi ini saya telah sembah maklum kepada Tuanku Sultan bahawa atas sebab saya telah kehilangan kepercayaan majoriti dalam kalangan ADUN, maka dengan ini saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berkuatkuasa serta merta.
"Saya doakan mudah-mudahan Allah terus mengekalkan keamanan dan memakmurkan negeri dan rakyat Kedah dengan penuh keberkatan, keredhaan dan kerahmatan hendaknya," kata Mukhriz seperti yang dilapor portal Awani.
Sebelum ini, 23 ADUN Kedah membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu 15 dari Pas, 4 dari Bersatu, 2 dari Barisan Nasional (UMNO) dan 2 Bebas.
Sehubungan itu, menurut Mukhriz, beliau akan bersama 12 ADUN Pakatan Harapan yang lain, termasuk satu dari Bersatu, berada di blok pembangkang sehingga DUN Kedah dibubarkan kelak.
Bagaimanapun, katanya, kedudukan Ketua Pembangkang di DUN Kedah masih belum diputuskan.
"Dengan peletakan jawatan saya sebagai MB, semua jawatan Exco negeri juga tergugur," tambahnya.
Selain meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz turut melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang telah disandangnya sejak 2018.
Pada Jumaat, kesemua 36 ADUN di Kedah telah menghadap Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berhubung kedudukan terkini kerajaan negeri Kedah.
Ia selepas tindakan 2 ADUN PKR yang mengumumkan meletak jawatan dan bergelar ADUN Bebas, sekali gus kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu Kedah hilang sokongan majoriti yang dimiliki.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tular 'Private Island' Di Langkawi Bakal Dijual Lebih RM9 Juta?

gempak
10/09/2024
10:25 MYT
Tular di Tik Tok video dimuat naik seorang perunding hartanah memaparkan sebuah pulau persendirian yang terletak berdekatan Pulau Langkawi yang ingin dijual sejak Isnin.
Berita

Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) Bakal Dibina Tahun Ini

gempak
22/07/2024
17:55 MYT
Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan mula dibina tahun ini.
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Berita

Arca Buddha Yang Dijumpai Penyelidik USM Di Kedah Lebih Tua Daripada Angkor Wat

gempak
30/06/2024
00:28 MYT
Penemuan arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah menunjukkan kawasan itu sebagai tapak keagamaan yang penting pada ketika itu dan lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
Hiburan

Diva AA Menari, Penganjur Fiesta Raya Mohon Maaf - “Perkara Itu Di Luar Jangka”

gempak
31/03/2024
16:33 MYT
Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka