,
Berita

Motif Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Untuk Rampas Senjata Api

Gempak
17/05/2024
05:38 MYT
Pihak berkuasa mendedahkan motif serangan yang melibatkan seorang lelaki menembak mati dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi anggota di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat dipercayai untuk merampas senjata api.

Suspek

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek berusia 21 tahun itu disyaki anggota Jemaah Islamiyah (JI) dan sudah membuat persiapan rapi sebelum melakukan serangan berkenaan.
"Daripada siasatan kita dapati bahawa suspek telah bawa beg mengandungi 'shield' (perisai), kain dan 'paper' untuk bertempur dengan polis. Kita lihat mungkin dia datang untuk dapat senjata api, ada agenda yang kita tak tahu lagi buat masa ini.
"Saya telah minta cawangan khas dapatkan semua anggota JI di Johor utk kenal pasti dan siasat," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat.

​ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Bertopeng Ceroboh Balai Polis Ulu Tiram, Dua Anggota Polis Maut & Seorang Cedera Parah

Beliau menambah, kejadian tersebut berlaku pada jam 2.30 pagi semasa dua penuntut institut pengajian tinggi (IPT) iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 22 dan 21 tahun datang ke balai untuk membuat aduan dicabul dua tahun lalu.
Pada masa sama katanya, suspek datang ke balai tersebut dengan menunggang motosikal dengan membawa sebilah parang sebelum meletakkan motosikalnya di bahagian belakang.

Balai

Katanya, seorang anggota polis yang menjaga di bahagian depan balai kemudian meninjau ke bahagian belakang balai sebelum ditetak suspek sebanyak tiga kali di leher sebelum merampas pistol anggota polis berkenaan.
Menurutnya, kemudian datang seorang lagi anggota polis dan suspek menembaknya di bahagian pipi.
"Anggota polis berkenaan maut di tempat kejadian selepas peluru tersebut tembus di kepalanya. Dua anggota polis berkenaan yang berasal dari Kuantan, Pahang dan Bidor, Perak berusia 21 dan 22 tahun maut di tempat kejadian," katanya.
Beliau berkata, suspek kemudian menembak seorang lagi anggota polis di bahagian bahu kiri dan pinggul sebelum suspek ditembak mati di tempat kejadian.
Ujarnya, anggota tersebut mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI).

7 individu

Susulan itu katanya, pihak polis menahan tujuh individu termasuk lima ahli keluarga suspek berusia 19 sehingga 62 tahun serta lelaki dan wanita yang membuat laporan polis itu.
"Bapa suspek merupakan ahli JI di Ulu Tiram. Lelaki dan wanita itu pula mendakwa dicabul, kita akan siasat.
"Kalau tanya saya kes kononnya diraba, tidak logik datang jam 2 pagi," katanya.
Razarudin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti kira-kira 20 lagi JI yang terdapat di Ulu Tiram.
Sumber: Sinar Harian

ARTIKEL TRENDING: Kenapa Netizen Senaraikan Puluhan Nama Artis, Pempengaruh Tempatan Untuk Diboikot?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wira Insiden Tembakan Balai Polis Ulu Tiram Pimpin Ikrar Rukun Negara, Laungan Merdeka

gempak
31/08/2024
01:51 MYT
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024
Berita

Suspek Culik Albertine Leo Didakwa Miliki Bantal Kanak-Kanak Bogel, Alat Sulit Wanita Palsu

gempak
08/08/2024
05:49 MYT
Penganggur yang tidak mengaku bersalah menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kulai, di sini, pada Khamis.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

gempak
22/07/2024
03:10 MYT
Suspek kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah disambung reman tujuh hari lagi.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.