gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."

Amri Hassan
Amri Hassan
05/08/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."
Pelakon Mimi Lana tampil lantang menuntut keadilan buat Allahyarham adik Zara Qairina, seorang murid sekolah yang dipercayai menjadi mangsa buli fizikal dan mental sehingga membawa kepada kematiannya baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Mimi meluahkan rasa marah, sedih dan kecewa terhadap sistem yang gagal melindungi mangsa walaupun Zara sudah berkali-kali memberi amaran dan menyebut nama pembuli yang menyeksanya.
"Adik Zara berulang kali menyuarakan penderitaan dia. Dia dah minta tolong. Dia dah bagi petunjuk. Tapi suara dia tak pernah benar-benar didengari… sehingga dia akhirnya pergi," luah Mimi.
Bagi Mimi, sama ada kematian Zara disahkan sebagai kes bunuh atau sebaliknya, hakikat yang tidak boleh disangkal ialah dia menjadi mangsa buli dan pembuli-pembuli tersebut masih belum dibawa ke muka pengadilan.
"FAKTANYA, dia dibuli! Dan pembuli-pembuli itu masih bebas di luar sana! Apa lagi yang kita tunggu? Sampai ada lagi budak yang terkorban baru nak bertindak?
"Budaya buli di sekolah bukan hal biasa. Ia bunuh jiwa, bunuh harapan, dan kali ini… ia bunuh nyawa!" tambahnya.
Katanya lagi, sistem yang lemah perlu diperbaiki segera dan pihak bertanggungjawab perlu mendedahkan wajah-wajah pelaku serta individu yang membiarkan perkara ini berlaku.
“Zara patut hidup. Tapi sistem gagal lindungi dia. Sekarang, sistem kena betulkan semula. Keadilan untuk Zara mesti ditegakkan.
“Ya Allah, Kau tempatkanlah adik Zara di syurga-Mu yang tertinggi. Kau tenangkanlah hati kedua ibu bapanya, dan berikan kekuatan kepada keluarganya untuk menghadapi ujian ini," ujarnya.
#JusticeForZara kini menjadi trending di platform sosial, sebagai simbol solidariti terhadap mangsa dan desakan kepada pihak berkuasa agar tidak memandang ringan isu buli yang semakin membarah dalam kalangan pelajar sekolah.
Topic Berkaitan
#Viral
#sekolah
#Buli
#Sabah
#Mimi Lana
#Papar
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement