,
Berita

Motif Serangan Terhadap Faisal Halim Belum Dapat Ditentukan

Gempak
14/06/2024
06:40 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum dapat menentukan motif insiden serangan asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim dan dua lagi pemain bola sepak negara, setakat ini.

Masih dalam siasatan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, bagi kes Faisal, pihaknya telah melakukan dua fasa keterangan melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan akan terus melakukan siasatan lanjut.

"Kita masih lagi siasat buat masa ini belum dalam 'established motive' terhadap ketiga-tiga serangan.

Apa yang kita nampak hanyalah pattern (corak serangan) iaitu dua hari sekali.

Berita Trending: Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Berita Trending:Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

"Untuk mengesan pelaku kepada Faisal, kita dah buat pengesanan cap jari (tetapi hasilnya) negatif.
Fotofit (suspek) yang mana semua sedia maklum, tidak banyak membantu.
"Kita sedang melaksanakan risikan dan proses siasatan ini tidak mudah apabila kamu tidak mempunyai saksi-saksi awam dan bebas yang boleh membantu kami.
Ini adalah cabaran dan kami tidak pernah berhenti," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, pada Jumaat.
Mengulas mengenai dakwaan bahawa Faisal tidak dimaklumkan mengenai perkembangan kesnya, Mohd Shuhaily berkata, pihaknya akan melakukan semakan terhadap kes tersebut, selain bertemu dengan pemain kebangsaan itu.
"Kita tengok balik dengan kontinjen Selangor sama ada (kes tersebut) dikemas kini (atau tidak).
Tetapi dalam konteks hasil siasatan, tiada banyak yang (boleh) dikemas kini kepada mangsa.
Buat masa ini kami tidak mempunyai sebarang petunjuk," ujarnya lagi.
Semalam, peguam yang mewakili Faisal, Mohd Haijan Omar berharap agar pihak polis dapat memberikan perkembangan terkini mengenai kes simbah asid selepas sebulan insiden itu berlaku.
Menurut Mohd Haijan, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada pihak polis dan menegaskan Faisal berhak untuk mengetahui perkembangan kes tersebut.
Pada 2 Mei, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid dilaporkan cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.
Pada 5 Mei pula, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali, menyebabkan kecederaan pada badannya.
Manakala, pada 7 Mei, cermin kereta pemain tengah pasukan bola sepak JDT Safiq Rahim dipecahkan individu tidak dikenali berhampiran Pusat Latihan JDT.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Punca Diejek, Nek Kiah Masih Ingat Mengaji Al-Quran Walau Usia Cecah 90 Tahun! - "Nak Bergaduh Takut, Jadi..."

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Memori Rokiah Johan, 87, masih kuat. Mulutnya basah dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, masih fasih dan boleh menghafal dengan sempurna.
Berita

Polis Sangkal Dakwaan Pelakon Wanita Siasatan Tidak Ikut SOP

gempak
08/09/2024
05:34 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan dibuat seorang pelakon wanita kononnya pihaknya gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Terkini

Hujan? Payung Kan Ada! Semangat Merdeka Kuasi Diri, Orang Ramai Tak Berganjak Demi Saksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Dataran Putrajaya terus meriah dengan sorakan Merdeka dan tepukan kepada pasukan yang terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke 67 hari ini.
Berita

Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

gempak
17/08/2024
07:55 MYT
Polis merakam keterangan lapan individu susulan kes melibatkan kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, pada Khamis.
Hollywood

Tiga Konsert Taylor Swift Batal Selepas Terima Ancaman Serangan

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Penganjur tiga konsert Taylor Swift di Vienna minggu ini umum membatalkan persembahan itu sepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang melancarkan serangan di Vienna.