KELUANG MAN
Anwaar Beg Moghal Jadi Inspektor Sahab, Bertutur Bahasa Punjabi Dalam Keluang Man - “Karakter Itu Berbeza Dengan Saya”
Memiliki wajah seperti pelakon Bollywood, Anwaar Beg Moghal tidak menyangka terpilih untuk membawakan watak sebagai Inspektor Sahab dalam filem ikonik superhero negara, Keluang Man.
Bertutur bahasa Punjabi
Menyifatkan perkara itu sebagai rezeki, Anwaar turut berkongsi perasaannya apabila terlibat dengan projek mega tersebut.“Alhamdulillah ini merupakan projek besar untuk saya. Pengalaman sewaktu penggambaran bagi saya sangat best dan mengujakan, banyak babak aksi yang dilakonkan.
“Dari segi dialog pula boleh dikatakan sedikit campuran, ada bahasa Melayu, Inggeris dan juga Punjabi,” katanya kepada Gempak.
Inspektor Sahab
Mengulas mengenai Inspektor Sahab, Anwaar memaklumkan karakter itu sangat berbeza dengan dirinya.“Inspektor Sahab dan Keluang Man ini boleh dikatakan mempunyai ‘love-hate’ relationship. Mereka tidak boleh hidup antara satu sama lain dan begitu juga sebaliknya,” ujarnya“Karakter Inspektor Sahab itu sangat berbeza dengan saya, tetapi untuk menjayakan watak itu saya juga memakai turban sama seperti watak tersebut.
Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Sementara menantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.
Must-Watch Video