HIBURAN
“Pernah Ada Anak Dara Nak Sondol Suami Saya” – Shahida Imbau Semula Detik Awal Perkahwinan Bersama Aliff Syukri
Isteri kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, mendedahkan bahawa rumah tangganya pernah diuji apabila seorang wanita cuba ‘menyondol’ suaminya ketika awal perkahwinan mereka.
Mengimbas kembali detik tersebut, Shahida berkata dia dan Aliff ketika itu bekerja di pejabat yang sama di Klang.
Namun, kehadiran wanita terbabit yang sering ‘melepak’ di bilik suaminya menimbulkan rasa curiga dan tidak selesa.
@sisrose02 Papa dulu pernah jg hampir2 di sondol... #terlajaklaris #papalaris #dherbs #kopi ♬ bunyi asal - sisrose🌹
“Dulu pernah juga ada orang nak sondol, pernah tau, bukannya tak pernah.
“Yang nak menyondol itu pula anak dara. Ya Allah, penatlah kan nak bersaing,” katanya menerusi satu perkongsian video.
“Masa itu baru kahwin, saya kerja ‘office’ dan papa pun kerja ‘office’ di Klang.
"Bila petang-petang, perempuan itu akan masuk bilik papa dan bersembang selama satu atau dua jam.
Sampaikan kami bergaduh sebab… ya lah, kenapa kau nak kena bersembang dengan perempuan tu je, kan?” kongsinya.
Disebabkan emosi dan perasaan cemburu, Shahida mengakui pernah mogok dan memilih untuk tidak pulang bersama suaminya.
“Saya mogok dan merajuk. Balik ke rumah menggunakan komuter daripada Klang ke Sungai Buloh.
Emosi punya fasal, tak nak balik dengan papa,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Shahida bersyukur kerana dugaan itu berjaya dilalui bersama dan perkahwinan mereka masih kekal hingga ke hari ini.
“Alhamdulillah, perkahwinan kami kekal sampai sekarang.
“Bukan nak puji lelaki sendiri, tapi itulah adat dalam perkahwinan.” katanya.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Must-Watch Video