,
Laman Utama

Momen Aib! Tak Sempat Nyanyi Lagi, Nabila Razali Dua Kali Jatuh Terjelepok Depan Pentas - "Baek Punya Cover, Jatuh Beriman"

Amri Hassan
01/01/2022
07:50 MYT
"Well, this is how my 2022 started," demikian kisah yang berlaku kepada penyanyi sensasi, Nabila Razali yang dua kali jatuh terjelepok depan pentas kecil ketika mengadakan persembahan malam tahun baru.
Berkongsi sepotong video di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati itu tidak sengaja tersadung sebelum sempat kakinya melangkah naik ke pentas platform di hadapannya.
Nabila yang memakai sut mewah jambu ketika itu cuba dibantu oleh dua orang kakitangan wanita untuk memapahnya bangun dan naik ke pentas namun ketiga-tiganya kelihatan bersusah-payah.
Tidak dinafikan juga, mungkin kasut tumit tinggi Nabila yang menjadi punca penyanyi itu gagal menyeimbangkan badan.
Ketika lagu Pematah Hati mula berkumandang, Nabila yang sudah jatuh terduduk itu sempat mengucapkan 'Happy New Year gais, Happy New Year!' kepada tetamu yang sedang menyaksikan aksinya itu.
Cuit beberapa pengguna, aksi Nabila itu sedikit sebanyak menjadi hiburan netizen tatkala kehadiran tahun baru 2022.
"Cover baek punya," kata Indah Ruhaila.
"Happy New Year gais tu marah ek bunyinya," seloroh Hael Husaini.
"Babe, I tengok video ni 'alamak-alamak dia jatuh' nervous," kata Azira Shafinaz.
"Kau kenapa ek, asyik jatuh je Ya Allah bahaya," tambah Amira Othman pula.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.