,
Sukan

MOM Jawab Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Ke Olimpik Paris

Gempak
21/07/2024
07:25 MYT
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjelaskan semua pegawai ke Sukan Olimpik Paris 2024 mempunyai peranan penting dalam memastikan atlet mendapat sokongan yang diperlukan ketika bertanding di temasya terbesar dunia itu.
MOM dalam satu kenyataan berkata, kontinjen negara ke Paris terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai termasuk 15 pakar teknikal, 11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat serta lima pengurus pasukan.
Menurut majlis itu, semua 15 jurulatih dan pengarah teknikal bertanggungjawab membabitkan latihan, pembangunan strategi, dan prestasi atlet.
“Bagi 11 kakitangan sokongan pula, pasukan ini merangkumi pakar perubatan, ahli fisioterapi, tukang urut, jurulatih kecergasan, pegawai kesihatan mental, mekanik, dan penganalisis prestasi, yang penting dalam mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental atlet serta memastikan atlet berada pada tahap prestasi terbaik.
“Sekumpulan sembilan pegawai, diketuai oleh ketua kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin dan dibantu timbalannya, Datuk Nicol David memainkan peranan menguruskan pendaftaran atlet dan pegawai, logistik, hubungan media, keselamatan dan koordinasi dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara). Peranan mereka adalah kritikal untuk memastikan operasi kontinjen berjalan lancar.
“Lima pengurus pasukan pula akan mengiringi atlet masing-masing dan menguruskan keperluan mereka,” kata kenyataan itu.

BERITA TRENDING: Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

BERITA TRENDING: Pasangan Suami Isteri Tunggang Kapcai Ke Paris Demi Sokong Team Malaysia! - "Kami Nak Lihat Azizulhasni Awang, Kalah Menang Belakang Cerita"

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Padah Merokok! Gimnas Jepun Dihantar Pulang

BERITA TRENDING: Olimpik Paris: Perancis Dikutuk Gara-Gara Larang Atlet Wanita Berhijab

Kenyataan sama turut memaklumkan MOM sebagai penjaga Sukan Olimpik di Malaysia, dikehendaki oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memastikan semua atlet negara menerima sokongan yang menyeluruh.
“Ini termasuk jurulatih, pakar teknikal, dan pelbagai perkhidmatan penting untuk mengoptimumkan prestasi. Pembiayaan disediakan sebahagiannya oleh badan-badan IOC, bersama dengan sumbangan daripada MSN dan ISN.
“MOM juga ingin menekankan semua perbelanjaan dirancang dengan teliti bagi memastikan kejayaan atlet negara. Pakaian rasmi dan bagasi yang menjadi perhatian ditaja sepenuhnya rakan kongsi lama kami, Yonex Sunrise Malaysia dan Samsonite Malaysia, memastikan tiada beban kewangan tambahan ke atas MOM atau atlet-atlet,” katanya.
Segelintir pihak sebelum ini mempersoalkan bilangan 40 pegawai yang akan ke Olimpik Paris, lebih ramai berbanding hanya 26 atlet yang berjaya melayakkan diri beraksi di temasya itu yang boleh menjurus kepada pembaziran wang rakyat.
Sumber: Malaysia Gazette
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Cheah Liek Hou Rancang Guna Insentif RM1 Juta Bantu Bekas Atlet Kurang Bernasib Baik - "Tiga Tahun Lepas Saya Sudah ..."

gempak
12/09/2024
09:50 MYT
Atlet berusia 36 tahun berkata selain mahu membantu mereka yang memerlukan beliau juga akan menyumbang sebahagian daripada hadiah kemenangan itu untuk membantu bekas atlet yang kurang bernasib baik.
Sukan

"Saya Tak Nampak Diri Saya Akan Ke LA 2028 Sebagai Atlet" - Azizulhasni Awang

gempak
09/09/2024
06:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Datuk Latif Romly Bawa Pulang Pingat Perak

gempak
08/09/2024
00:02 MYT
Hasrat untuk melihat atlet olahraga para negara, Datuk Abdul Latif Romly untuk terus 'terbang tinggi' mempertahankan pingat emas dalam saingan lompat jauh T20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian apabila dia hanya memperoleh perak sebentar tadi.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Sukan

Paralimpik Paris 2024: Liek Hou Hampiri Pertahan Emas, Fareez Tumpu Penentuan Gangsa

gempak
02/09/2024
03:25 MYT
Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou, hanya selangkah untuk mempertahankan pingat emas apabila mara ke final acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Sukan Paralimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle awal pagi tadi.