,
Sukan

Milutin Osmajic Gigit Leher Pemain Blackburn Rovers

Gempak
24/09/2024
16:00 MYT
Penyerang Preston North End, Milutin Osmajic, bakal berdepan hukuman penggantungan daripada kancah bola sepak selepas reaksinya mengigit bahagian belakang pemain Blackburn Rovers, Owen Beck pada minit ke-89 dalam aksi Liga Kejuaraan Inggeris baru-baru ini.
Tindakan itu susulan Owen menendang Duane Holmes hingga dilayangkan kad merah sekali gus meningkatkan kemarahan Osmajic hingga menyebabkan dia melakukan tindakan itu.
Pengurus Blackburn, John Eustace, turut menjelaskan isu ini merupakan saru perkara yang perlu diambil serius.
"Terdapat kesan gigitan pada belakang leher Owen. Tetapi sayangnya pengadil tidak melihat. Ini adalah isu yang serius," katanya.
Peristiwa itu hampir serupa yang pernah dilakukan oleh bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, yang menggigit lengan pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic, 12 tahun yang lalu.
Sumber: Stadium Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video