,
Berita

Mengapa Penonton Tempatan Masih Belum Dikategori Celik Sinema?

Elrafaei Sapi
22/10/2018
10:34 MYT
Majoriti penonton lebih mudah menilai sesebuah filem itu sama ada menghiburkan atau sebaliknya tanpa bersikap kritis untuk membincangkan cerita atau pembikinannya secara lebih mendalam.
Persoalan tersebut dilontarkan dalam membicarakan aspek membudayakan sinema dalam masyarakat dan mewujudkan penonton celik sinema.
Ketua Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norman Yusoff mengakui tahap celik sinema dalam kalangan penonton di negara ini begitu sedikit.
"Namun, penonton kita kini mula pilih filem yang bagus untuk ditonton tapi dari aspek kepelbagaian filem Melayu masih tiada.
"Filem yang menang di festival filem antarabangsa atau filem klasik dari Melayu lama yang bagus, penonton kita tidak tengok," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, menjadi lumrah masyarakat di seluruh dunia sebagai penonton yang hanya gemar menonton filem bersifat komersial.
"Cuma di Barat, mereka ada khalayak (penonton) walaupun filem indie yang mempunyai bajet rendah boleh untung besar sebab mereka ada khalayak.
"Di Malaysia tiada khalayak spesifik. Seperti filem One Two Jaga hanya kutip beratus ribu dan tiada pasaran di negara ini," katanya.
Dr Norman berpandangan sepatutnya pelbagai genre filem dari seluruh dunia diraikan penonton tidak kira di mana.
"Tidak boleh kata filem komersial tidak bagus. Ada filem yang bagus tapi ada filem lain juga seperti dari Afrika dan Bangladesh.
"Soal celik sinema masih belum di Malaysia cuma di luar sana, mereka ada khalayak. Sebenarnya, khalayak ini tidak perlu ramai tapi cukup untuk balik modal atau produser dapat untung sedikit untuk buat filem lain," katanya.
Jelasnya, penonton yang dikategori celik sinema adalah mereka yang tahu pasal filem dan boleh menilai filem itu sama ada bagus atau tidak menerusi apresiasi.
"Penonton ini tidak mengutuk, tahu pasal pendekatan mahupun genre. Tahap pengetahuan penonton ini lebih tinggi sebab banyak membaca dan menonton filem.
"Di Eropah atau negara Barat, khalayak ini juga ramai walaupun minoriti tapi majoriti penonton tetap ramai seperti kita.
"Ini bermaksud, ada khalayak yang mencukupi yang celik filem. Jadi, dia tidak bercakap filem ini berat atau penat untuk ditonton sebaliknya dia seronok kerana dia adalah celik filem," katanya.
Dr Norman beranggapan usaha melahirkan penonton tempatan ke tahap celik sinema mungkin masih jauh.
"Kena ada khalayak yang cukup yang suka membaca, matang, berfikiran kritis dan boleh mengapresiasi seni pelbagai seperti menonton teater dan suka membaca sastera," katanya.
Beliau percaya apabila penonton tempatan menjadi celik sinema, ia juga menjadi faktor dalam membantu pembikin filem untuk menghasilkan filem yang lebih menarik.
"Seperti filem One Two Jaga bukanlah filem yang buat penonton pening kepala atau mengeluh pemasaran tak bagus atau pasal artis menyebabkan filem itu gagal.
"Bagi saya, penonton yang peduli pasal filem tetap akan pergi tengok. Bagaimanapun, penonton tempatan sebenarnya tidak hairan jika filem kita pernah ditayangkan di festival," katanya.
Dr Norman yang sering terbabit dalam berkongsi pandangan menerusi acara Wayang @Budiman menyifatkan ia sebagai platform terbaik dalam mendidik penonton tempatan ke arah celik filem. (Baca lagi: Dua Minggu Sekali Tengok Filem 'Rare' Selepas Itu Berdiskusi)
"Sambutan agak responsif dalam kalangan mereka yang datang. Acara ini turut disertai pelbagai pihak termasuk pensyarah, pelajar dan penggiat seni.
"Tidak kira filem itu dari mana sebaliknya kita meraikannya. Saya juga banyak belajar dari segi pandangan dan pengetahuan mereka terhadap filem.
"Memang banyak filem yang bagus tapi mungkin nilai komersial tiada. Kadang-kadang dari negara yang kita tidak pernah dengar dibandingkan filem Hong Kong, Hollywood, Korea Selatan, Bollywood, Tamil dan Hindi," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @finasmalaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Viral

Mat Salleh Buat Video Graduasi Guna Lagu UiTM Di Hatiku, Netizen Terhibur Lagu Rasmi UiTM Mendonia

gempak
30/06/2024
03:56 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik oleh ‘mat salleh’ memaparkan dirinya ketika di majlis graduasi berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.
Berita

Gara-Gara Kereta Keluar Simpang Secara Melulu, Pelajar UiTM Maut Kemalangan

gempak
24/06/2024
05:02 MYT
Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka maut selepas terbabit dalam kemalangan di simpang hadapan Balora Mustika Bandar Jengka di sini, pada Ahad.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.