gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
HIBURAN
Cardi B Disaman Sebab Baling Mikrofon Pada Peminat
HIBURAN
Elyana Kongsi Foto Tanpa Rambut, Netizen Tertanya Status Kesihatan Terkini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Menara Marina Pinnacle Di Dubai Terbakar, 3,800 Penghuni Dipindah

Gempak
Gempak
14/06/2025
18:07 MYT
Sponsor Banner
Menara Marina Pinnacle Di Dubai Terbakar, 3,800 Penghuni Dipindah
Lebih 3,800 penghuni Menara Marina Pinnacle di Dubai Marina terpaksa dipindahkan selepas kebakaran besar melanda bahagian atas bangunan pangsapuri setinggi 67 tingkat itu pada malam Jumaat, 13 Jun. Tiada kecederaan dilaporkan.
Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 9.30 malam waktu tempatan, mengakibatkan api dan asap tebal kelihatan dari tingkat atas menara yang turut dikenali sebagai Tiger Tower itu. Jabatan Pertahanan Awam Dubai melancarkan operasi pemadaman dan pemindahan secara besar-besaran.
Menurut pihak berkuasa, seramai 3,820 penghuni dipindahkan dalam masa singkat. Api berjaya dikawal sepenuhnya menjelang awal pagi 14 Jun, selepas hampir enam jam usaha memadamkan kebakaran dijalankan.
Setakat ini, punca kejadian masih dalam siasatan. Namun beberapa penghuni mendakwa sistem penggera kebakaran tidak berfungsi ketika kejadian, menyebabkan ramai hanya menyedari insiden tersebut apabila terlihat asap dan api.
Pihak berkuasa turut menyediakan penginapan sementara bagi penghuni yang terjejas. Sementara itu, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak pemaju dan pasukan forensik kebakaran bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang pelanggaran keselamatan atau kecuaian teknikal yang menjadi punca kebakaran. – Agensi
Topic Berkaitan
#Viral
#Terbakar
#Dubai
#Penghuni
#Marina Pinnacle
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement