,
Laman Utama

“Menangis Tersedu-Sedu”- Dituduh Membiarkan Askar Jilat Jari, Ini Apa Yang Berlaku Di CCTV

Syafiqah Jalal
08/10/2021
10:26 MYT
Mangsa serangan gangguan seksual di sebuah kedai vape kesal apabila dituduh membiarkan atau ‘melayan’ pelanggan yang dipercayai seorang pegawai askar yang bertindak menghisap jarinya.
Mangsa yang dikenali sebagai Zhafira itu memohon agar tidak dikecam dan meminta orang ramai untuk membaca terlebih dahulu kisah penuh kejadian yang menimpa dirinya baru-baru ini.
“Saya tak mampu nak puaskan hati netizen, kalau ketika itu telefon boleh connect dengan CCTV (televisyen litar tertutup) mesti kalian boleh dengar suara saya yang sednag menangis tersedu-sedu,” katanya.
Zhafira mengulas mengenai perkara tersebut di satu hantaran di Instagram (IG) Story miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin CCTV dirinya seperti sedang mengesat air mata yang difahamkan selepas kejadian di premis berkenaan.
Menurutnya lagi walaupun tahu ramai pihak mengecam dirinya susulan perkara tersebut, dia berterima kasih kerana ramai juga orang yang memberi sokongan.
“Hantaran penjelasan mengenai kejadian itu telah dipadam oleh Instagram, saya tidak tahu siapa yang laporkan hantaran itu. Mungkin saya tidak akan post (hantarann) lagi sebab berapa banyak pun saya post akan dipadam.
“Tetapi, masih ada hantaran di highlight story (mengenai kejadian),” katanya di sini. Selain itu katanya, dia berharap agar orang ramai tidak membuat kesimpulan sendiri di sebalik kejadian yang kini sedang disiasat polis.
“Saya harap netizen rajin-rajinkanlah membaca sebelum buat kesimpulan. Saya tak mampu nak balas DM (mesej) semua. Tapi saya tahu, ramai yang kecam tapi lagi ramai yang sokong.
“Terima kasih semua yang beri sokongan dan doakan urusan saya dipermudahkan. Semoga urusan awak semua pun dipermudahkan,” ujarnya.
Terdahulu, tular kisah seorang askar dilihat mencemari kredibiliti sebagai anggota keselamatan apabila dia didakwa melakukan serangan gangguan seksual terhadap seorang jurujual wanita berusia 18 tahun di sebuah kedai vape.
Melalui satu televisyen litar tertutup kelihatan, askar terbabit bukan sahaja dilihat memegang tangan jurujual wanita itu ketika mahu merasai perasa vape,malah turut bertindak menghisap jari mangsa.
Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak semalam berkata, lelaki berusia 26 tahun itu telah diberkas pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar