gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Syafinaz 'Love' Chemistry Bintang Alpha, Puji Persembahan Berkumpulan - “Mereka Sudah Boleh Dilihat Sebagai…”
BERITA
Sisa Korban Tak Dibersih, Penduduk Kecewa Hidu Bau Busuk
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Menangis Saya Baca” – Elizabeth Tan Sebak, Seorang Lelaki Doa Dikurniakan Anak Selepas Solat

gempak
Umirah Halim
09/06/2025
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Menangis Saya Baca” – Elizabeth Tan Sebak, Seorang Lelaki Doa Dikurniakan Anak Selepas Solat
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan tidak dapat menahan sebak selepas membaca satu perkongsian mengenai seorang lelaki yang mendoakan dirinya selepas menunaikan solat di masjid.
Perkongsian itu dimuat naik oleh seorang pengguna Threads yang menceritakan pengalamannya ketika berbuka puasa dan solat di Masjid Putrajaya, baru-baru ini.
“Semalam berbuka puasa kat Masjid Putrajaya, selepas solat ada seorang lelaki sebelah saya ini doa untuk Elizabeth Tan,
‘Kurniakanlah Elizabeth Tan anak… berikanlah kebahagiaan kepada dia…’
“Panjang doa tu, saya dengar pun sebak sebab doa dia ikhlas sangat walaupun mereka berlainan agama. Sungguh-sungguh dia minta.
“Dia doa perlahan sahaja tapi kami duduk rapat jadi saya dengar apa yang dia doa.
“Awak sangat bertuah Elizabeth sebab ada orang doakan awak,” tulis pengguna itu.
Elizabeth atau nama sebenarnya Elizabeth Tan Su Mei kemudian membalas perkongsian tersebut dan menzahirkan rasa syukur atas doa yang tidak disangkanya itu.
“Menangis saya baca. Terima kasih kerana beritahu saya.
Saya sangat menghargainya. Ya, saya sangat bertuah dan rasa disayangi,” balasnya.
Perkongsian itu mencuri perhatian ramai warganet yang turut sama tersentuh dengan keikhlasan doa lelaki berkenaan.
Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Siew Jim pada 21 Mac 2021. Namun sehingga kini, pasangan itu masih belum dikurniakan rezeki zuriat.
Pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-33 itu juga pernah berkongsi pengalaman peribadinya mengalami dua kali keguguran, yang turut mengundang simpati dan sokongan peminat serta rakan industri.
Sumber: Threads
Topic Berkaitan
#Anak
#Doa
#Lelaki
#Tan
#Elizabeth
Must-Watch Video