DRAMA
Penangan 'Mandul Bukan Pilihan', Ramai ‘Bersorak’ Lihat Aldi Batal Perkahwinan Dengan Farah! - “Satu Rumah Jerit Macam Bola Gol”
Drama Mandul Bukan Pilihan sekali lagi menjadi perhatian penonton dengan plot penceritaanya baru-baru ini.
Plot dimaksudkan adalah babak menyaksikan Aldi (Hun Haqeem) menerima tekanan keluarga yang sangat kuat.
Aldi batal perkahwinan dengan Farah
Mereka meminta Aldi untuk mengahwini Farah (Ayda Jebat). Namun kerana rasa cintanya terhadap Billa (Mira Filzah) kekal utuh maka Aldi memilih untuk membatalkan perkahwinan pada saat akad nikah berlangsungPaparan babak ini menerima reaksi yang sangat mengujakan daripada penonton yang sentiasa meletakkan harapan tinggi terhadap Aldi, lelaki dilabelkan sebagai ‘green flag’ abad ini.
Malah ada juga yang bersorak seolah-olah menonton perlawanan bola sepak, meraikan keputusan Aldi untuk tidak meneruskan pernikahan tersebut.



Mandul Bukan Pilihan dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Hun Haqeem, Mira Filzah, Ayda Jebat, Ashraf Muslim, Normah Damanhuri, Chacha Maembong, Keanu Azman, Sharifah Shahira, Rahim Jailani, Wan Raja dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan ‘Mandul Bukan Pilihan’, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Megadrama, Astro Ria (saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO serta aplikasi Sooka.
Must-Watch Video