,
Laman Utama

Melly Goeslaw, Suami Buat Apa Di Pusara P. Ramlee & Saloma?

Maliah Surip
29/11/2022
08:55 MYT
Pesohor muzik Indonesia, Melly Goeslaw bersama suaminya, Anto Hoed dilihat meluangkan masa sekitar setengah jam menziarah pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Saloma di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, tengahari tadi.
Melly, 48, mengatakan hasrat untuk menziarah pusara Seniman Agung yang amat dikaguminya itu sudah lama terpendam, namun hanya terlaksana pada kunjungannya ke Kuala Lumpur pada kali ini.
Mengatakan pertama kali jatuh cinta dengan karya P.Ramlee sewaktu hadir mempromosikan lagu Jika duet bersama Ari Lasso lebih 20 tahun lalu, Melly menyifatkan figura kebanggaan tanah air itu sebagai genius.
“Sebenarnya saya sudah lama tidak datang ke Malaysia, tapi dulu sewaktu hadir mempromosikan lagu Jika di sini, saya jatuh cinta dengan karya karya P.Ramlee.
“Hari hari saya dengar lagu P.Ramlee kerana sangat mengagumi karyanya yang malar segar.
“P.Ramlee adalah genius. Lagu lagunya tidak ditelan zaman dan ia harus dipelajari dan menjadi rujukan pemuzik muda.
“Jadi saat dilamar Iman Tang untuk melakukan konsert di sini, perkara pertama yang bermain di benak saya adalah mahu menziarah pusara P.Ramlee dan Saloma.
“Saya mahu memberi penghormatan dan sentiasa mengagumi karya karya genius P.Ramlee,” ujar Melly yang ditemui di Tanah Perkuburan Jalan Ampang kepada Gempak.
Selain menziarah bersama Anto, pasangan figura hebat itu turut ditemani oleh cucu Saloma, Eddie.
Pelantun lagu Bagaikan Langit yang kembali popular di TikTok dua tahun lalu itu hadir ke ibu negara untuk bertemu media dalam sebuah sidang akhbar Ada Apa Dengan Cinta? yang dijadual berlangsung di sebuah hotel, esok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.