,
Laman Utama

Meet Uncle Hussain Masuk DFP, Angkut Sekali Hazama & Cliff Umar!

Amri Hassan
30/09/2023
11:28 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), yang terletak di Menara Berkembar PETRONAS, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), akan mengakhiri perayaan 25 tahun penubuhannya dengan sebuah konsert bertenaga dari kumpulan indie terkenal Meet Uncle Hussain pada Sabtu, 2 Disember 2023 jam 8.30 malam.
Konsert ini menjadi kemuncak perayaan muzik sepanjang tahun yang mengemukakan artis dan kumpulan pelbagai genre muzik di DFP seperti Stacy, Dato’ Ramli Sarip, Exists, Kugiran Masdo, MPO Jazz Band dan Khai Bahar.
Meet Uncle Hussain tidak perlu diperkenalkan lagi. Ditubuhkan pada tahun 2000, kumpulan ini dikenali dengan muzik yang tersendiri dipengaruhi dari beberapa genre dan diperkuatkan dengan gubahan yang segar. Mereka mengambil inspirasi dari band ikonik dari UK seperti The Dove dan The Killers.
Kumpulan ini telah membuat kejutan dalam arena muzik Malaysia pada tahun 2007 melalui lagu hit Lagu Untukmu yang telah memenangi beberapa anugerah. Lagu yang digemari golongan muda dan tua ini telah melangkau budaya, membuktikan keunggulan muzik mereka yang universal.
Pada tahun 2009, ketua kumpulan Taja Mustapha mengambil peluang mencuba pembaharuan dalam muzik mereka melalui single Drama King yang menampilkan penyanyi rock Black. Lagu itu mendapat sambutan yang cukup hangat. Ini diikuti dengan lagu Pokok menampilkan penyanyi popular Hazama. Dengan lirik mengenai refleksi diri, lagu itu telah diterima baik oleh khalayak peminat baru bagi kumpulan ini.
Kumpulan ini telah mengeluarkan empat buah album; Meet Uncle Hussain (2006), 7 Tahun 3 Bulan 90 Hari (2008), 8 Tahun (2009) dan Fasa 5 Dari Jauh (2020) selain beberapa single. Mereka juga telah memenangi beberapa anugerah di majlis muzik berprestij seperti Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik.
Hari ini, kumpulan ini kembali menyemarakkan lagi persada muzik tanahair setelah berehat melalui konsert perdana di DFP dan sebuah single terbaru nukilan Taja khas untuk konsert ini.
Kumpulan ini dianggotai Taja (gitar), Babab (gitar), Gfat (bass) dan Pitt (dram). Untuk konsert istimewa di DFP ini, kumpulan ini akan berkolaborasi dengan dua vokalis hebat, Hazama dan Cliff Umar.
Hazama merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di pentas DFP; beliau pernah menyanyi bersama Orkestra Filharmonik Malaysia pada tahun 2019 dan bulan September lalu manakala Cliff Umar merupakan juara Gegar Vaganza musim ketujuh dan mempunyai pengalaman luas membuat persembahan di kelab serata Malaysia.
Bertemakan ‘A Homage To Our History’, konsert ini akan mempersembahkan lagu-lagu hit antaranya Halusinasi, Putihnya Lukisan, Lagu Untukmu, Drama King, Pokok, Milk In The Bottle, Pari Pari Di Bawah Angin, Hilang dan Ali Baba.
Tiket dijual dengan harga serendah RM199 hingga RM369.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.