gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
VIRAL
Kes Kematian Zara Qairina: Mimi Lana Tampil Bersuara - "Dia Dibuli, Tapi Tak Pernah Didengari..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

MCMC Siasat Video Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan

Gempak
Gempak
05/08/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
MCMC Siasat Video Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap satu video tular memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.
MCMC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan susulan aduan orang ramai berhubung penyebaran video berkenaan yang disifatkan tidak beretika serta mengeksploitasi golongan terpinggir untuk hiburan murahan dan menjana tontonan.
Menurut suruhanjaya itu, tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang merendahkan atau menghina maruah individu boleh mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.
“MCMC memandang serius perkara ini dan siasatan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya kenyataan itu.
Menurutnya, orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau memuat naik sebarang kandungan berbentuk provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
MCMC turut mengingatkan bahawa perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588].
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“MCMC komited memastikan ruang siber tidak disalahgunakan sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#MCMC
#Gelandangan
#Siasat
#Sisa
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement