HIBURAN
Mayat Aktres Pakistan, Humaira Asghar Ali Ditemui Mereput Dalam Rumah
Aktres dan model terkenal Pakistan, Humaira Asghar Ali ditemui meninggal dunia seorang diri di dalam flat yang disewanya di Karachi.
Mayat Humaira yang meninggal dunia pada usia 32 tahun ditemui dalam keadaan mula mereput. Mendiang yang tinggal seorang diri si situ dipercayai telah meninggal dunia sekitar dua minggu sebelum ditemui, lapor Indiatimes.com.
Menurut kronologi kes, kematian Humaira terbongkar selepas pihak polis di bawah perintah mahkamah datang ke kediaman wanita itu selepas dia tidak membayar sewa rumah selama setahun.
Selepas tiada orang menjawab, mereka mula memecahkan pintu sebelum menemui mayat Humaira di atas lantai. Pasukan forensik segera dipanggil untuk mendapatkan bukti sebelum mayatnya dibawa ke proses bedah siasat.
Sebelum pihak polis datang ke kediamannya, jiran sudah mula curiga kerana mencium bau yang cukup busuk daripada rumah Humaira selain tiada aktiviti keluar-masuk rumah.
Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
Humaira memulakan kariernya sebagai model pada tahun 2013 sebelum menjadi aktres dan bintang realiti televisyen. Dia antaranya telah terbabit dalam naskhah dan program seperti Laali, Benaam, Chal Dil Mere dan Sirat-e-Mustaqeem.
Must-Watch Video