,
Laman Utama

“Masih Bercakap Buruk Tentang Saya..”- Isu Pensyarah Hina Pelajar, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Hampir Sama

Syafiqah Jalal
30/03/2022
07:54 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana mengulas mengenai video yang tular semalam mengenai seorang profesor di UiTM yang didakwa mempersoalkan seorang pelajar golongan B40 kerana tidak memiliki computer riba atau laptop.
Berkongsi pengalamannya ketika menyambung pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi, Puteri Sarah memberitahu dia juga mengenali seorang pensyarah yang sering memperlekehkan dirinya kerana sering tidak hadir ke kelas kerana menjalani penggambaran lakonan.
“Amboi hina pelajar tak ada laptop. Adalah kenal satu pensyarah ni dulu, taka da salah pun nak cari salah.
“Sampai dah habis belajar pun masih bercakap buruk tentang saya. Itu pelajar lain lah yang beritahu.
“Kesalahan sebab asyik shooting tapi saya berjaya ‘grad’,” katanya.
Isteri kepada pengarah dan actor Syamsul Yusof itu berkongsi pandangan serta ceritanya di InstaStory akaun Instagram (IG) miliknya.
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
Kata Puteri Sarah lagi, dia bersyukur kerana meskipun dihina penysarah tetapi dia erjaya menggenggam segulung ijazah.
“Alhamdulilah dapat ijazah juga. Doesn’t mean that selalu shooting tak boleh grad,” katanya lagi.
Semalam tular video seorang pensyarah menempelak pelajar yang dilihat tidak berusaha untuk memiliki komputer walaupun sudah berada dalam semester lima.
Malah pensyarah itu turut menyoal latar belakang keluarga pelajar berkenaan dan mengesyorkan kalangan ahli keluarganya agar "berkorban" barang kemas untuk tujuan pendidikan.
Pensyarah berkenaan turut mengeluarkan kata-kata yang seolah-olah memperlekeh golongan B40. Video tular itu dipercayai dirakam ketika sesi pembelajaran secara dalam talian.
Klip video berkenaan mendapat pelbagai respons dan kritikan daripada kalangan warga net.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.