gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pembebasan Eda Ezrin Bukti Tak Bersalah, Keluarga Rancang Tahlil Kesyukuran
HIBURAN
“Sebaknya Tengok…” – Momen Bella Astillah Menangis Bersama Ibu Betty Rahmad Curi Perhatian Ramai
VIRAL
Guru Didakwa Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki Dalam Kereta & Tandas
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Guru Didakwa Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki Dalam Kereta & Tandas

Gempak
Gempak
06/08/2025
09:54 MYT
Sponsor Banner
Guru Didakwa Amang Seksual Terhadap Murid Lelaki Dalam Kereta & Tandas
Seorang guru lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan pada Selasa atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid lelaki tahun lalu.
Tertuduh, Syahril Faiza Zakaria, 51, dari Tumpat didakwa di hadapan Hakim, Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa yang berusia 11 tahun enam bulan dengan maksud seksual dalam sebuah kereta semasa perjalanan menuju pusat beli-belah KB Mall pada jam 2 petang, Mac tahun lalu.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa sama dengan maksud seksual dalam sebuah tandas tempat peranginan iaitu resort di Pantai Cahaya Bulan pada Mei tahun sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen 14 serta dibaca bersama seksyen 16 akta yang sama (hubungan amanah).
Sabit kesalahan bagi seksyen 14, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, manakala seksyen 16, tambahan penjara maksimum lima tahun serta sebat minimum dua.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Saifullah Che Mat.
Pada prosiding itu, Ahmad Faiz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tuduhan serius membabitkan hubungan amanah sebagai guru dan anak murid.
Mohd Saifullah bagaimanapun memohon jaminan kerana anak guamnya yang sebelum ini bertugas di sekolah mangsa sudah pun ditukarkan ke pejabat pendidikan daerah.
“Anak guam saya tidak berkahwin dan tinggal bersama ibu yang sudah berusia, dia juga disahkan menghidap penyakit jantung Mei tahun ini,” katanya.
Zulkifli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bersyarat tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi serta perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan setiap bulan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 September ini.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Guru
#Kereta
#Tandas
#Murid
#Amang Seksual
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement