,
Laman Utama

Masak Sendiri 340 Kilogram Sotong Untuk Sedekah Masjid, Ramai Puji Usaha Murni Aleeya Zailan & Suami! - "Allahu Murah Rezeki"

Amri Hassan
23/10/2022
08:41 MYT
"Apa yang anda beri pada saya, saya beri balik pada kalian," demikian kata influencer dan usahawan viral, Aleeya Zailan yang tidak lokek bersedekah.
Berkongsi momen indah memasak sendiri 340 kilogram sotong yang dibeli daripada duit yang diberikan kepadanya ketika sesi live di TikTok, ramai yang memuji usaha murni Aleeya dan suami, Azri Aziz.
Lebih manis, pasangan suami isteri itu turut mengagihkan sendiri hidangan kepada 340 jemaah masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Syakirin Gombak baru-baru ini.
"Sebanyak 340 kilogram sotong sambal sedia untuk dimasak sebelum dibawa ke masjid bagi menjamu jemaah yang hadir memeriahkan majlis sambutan Maulidur Rasul.
"Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan beberapa lauk lain seperti sambal sardin, gulai daging dan sayur goreng," celotehnya dalam video tersebut sambil tangan sibuk menumis bahan.
Menerusi rakaman langsung dikongsikannya di media sosial baru-baru ini, kelihatan Aleeya bersama suami serta beberapa pembantu sedang bertungkus-lumus menyediakan masakan.
@aleeyazailanavenys
terima kasih atas pemberian gifts2 di tiktok selama ini? mungkin ramai yang tak tau kemana perginya semua duit gift yang korang bagi tu. inilah dia.. Aleeya dermakan balik. whatever u give me, i give it back to you dalam bentuk pahala? semoga berkat rezeki kite semua ya ?♬ Syukur Alhamdulillah - Wafiq Azizah Mendapat ratusan ribu tontonan daripada warganet, rata-rata menganggap kesungguhan Aleeya dan keluarganya itu sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan individu bergelar jutawan.
Masakan tidak, ramai berpendapat bahawa Aleeya mampu saja menggunakan khidmat katering bagi menempah aneka menu dikehendakinya, tetapi pasangan suami isteri itu berbesar hati untuk melakukannya sendiri dari A ke Z.
Bukan itu sahaja, mereka turut memberi sumbangan dalam bentuk barangan asas dan keperluan harian kepada asnaf di masjid tersebut.
Tambah Aleeya, segala bahan masakan yang digunakan untuk memasak diperolehi hasil duit gift diberikan oleh pengikutnya ketika membuat siaran langsung di TikTok dan Facebook.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

“Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat

gempak
06/09/2024
01:54 MYT
Pendakwah selebriti, PU Riz meluahkan rasa kecewa selepas dimarahi oleh seorang jawatankuasa masjid.