GAYA HIDUP
Maria Tunku Sabri, Influencer Jayakan CSR Purr-Fect Care By Si Comot, Bantu 3,000 Kucing Terbiar Di Perlis!
Siapa sangka, di satu sudut tenang negeri Perlis, wujud sebuah ‘syurga’ buat ribuan kucing terbiar? Di sinilah terletaknya Bustana Kucing Perlis, pusat perlindungan yang menjadi rumah kepada lebih 3,000 ekor kucing pelbagai ragam daripada si comel yang manja sehinggalah yang perlukan rawatan dan kasih sayang berpanjangan.
Baru-baru ini, suasana di Bustana Kucing menjadi lebih meriah apabila program Purr-Fect Care by Si Comot anjuran Powercat dengan kerjasama Kelab Khidmat Masyarakat UniMAP berlangsung dengan jayanya.
Misi utamanya cukup mulia untuk membantu meringankan beban pengurusan shelter ini yang dijaga penuh dedikasi oleh pasangan Mohd Taufik Md Zain dan Noor Azlina Abu Bakar, kedua-duanya berusia 59 tahun.
Sebanyak 800 kilogram makanan kucing dan pelbagai keperluan harian telah disumbangkan kepada Bustana Kucing. Tapi bukan itu sahaja, program ini turut disertai oleh para pelajar UniMAP yang bergotong-royong membersihkan dan menyusun semula kawasan perlindungan.
Apa yang menjadikan program ini lebih dekat di hati pencinta haiwan adalah kehadiran dua influencer media sosial, @king_oyen2022 dan @nabilahbahrin_, yang selama ini aktif menyuarakan isu-isu kebajikan haiwan.
“Ini kali pertama saya sertai program CSR seperti ini dan saya sangat gembira dapat membantu kucing-kucing di Bustana Kucing Perlis. Terima kasih kepada Powercat yang sentiasa menyumbang kepada shelter-shelter yang memerlukan," kata @Kingoyen.
Turut mencuri perhatian ialah kehadiran Maria Tunku Sabri, personaliti TV yang terkenal dengan cintanya terhadap si bulus. Maria turut berkongsi pengalaman peribadi yang menyentuh hati.
“Saya berbesar hati dapat membantu dalam program CSR ini. Saya sendiri mempunyai tujuh ekor kucing di rumah dengan pelbagai ragam yang sering menceriakan hari saya. Mereka bukan sekadar haiwan peliharaan, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada keluarga. Sebab itu saya sangat sukakan aktiviti seperti ini. Terima kasih kepada Powercat kerana menjemput saya untuk turut serta membantu," katanya.
Menurut Azzedin Rusland, Pengurus Perniagaan Powercat, Program Purr-Fect Care by Si Comot bakal diteruskan ke lokasi-lokasi lain di seluruh Malaysia.
“Program seperti ini penting bagi memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat. Kami akan terus menyokong inisiatif sebegini di seluruh negara," ujarnya.
Must-Watch Video