HIBURAN
Iqwan Nafi Abaikan Anak, Akui Rindu Dah Lama Tak Bertemu - “Macam Mana Nak Jumpa Sebab Zehra Block Saya”
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, menafikan dakwaan bahawa dia mengabaikan anak.
Nombor disekat Zehra
Menurut Iqwan, dia sentiasa mengambil berat tentang anaknya, namun mengalami kesukaran untuk berhubung sejak kebelakangan ini disebabkan tindakan Zehra yang menyekat nombor telefonnya.“Saya ini agak sibuk, bila tanya khabar anak ada juga nyatakan hasrat nak jumpa dia. Selepas selesai urusan cerai nanti, akan ada proses hadanah (hak penjagaan anak), perintah mahkamah dan sebagainya.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, tengah hari tadi.“Macam mana nak berjumpa dengan anak sebab Zehra block nombor saya. Jadi Zehra mungkin boleh unblock saya untuk saya boleh bercakap dengan anak,” ujarnya.
Rindu anak
Dalam pada itu, Iqwan juga mengakui sangat merindui anak kerana sudah sebulan tidak bertemu dengannya.Sebelum ini, Zehra mendakwa suaminya gagal memberikan nafkah sepanjang hampir empat tahun perkahwinan mereka.“Semoga Allah mudahkan untuk saya uruskan keperluan anak. Saya sangat rindu anak.“Sudah sebulan tak jumpa. Memang nak video call untuk bercakap dengan anak, tapi saya tak jumpa jalan dan laluannya,” katanya.
Menurut Zehra, tanggungjawab kewangan terhadap anak digalas penuh oleh dirinya meskipun sebagai seorang bapa, suaminya sepatutnya memainkan peranan yang sama.
Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara 'fast track' ke atas suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka.
Untuk info, Zehra dan Iqwan menjalani Majlis Tahkim untuk menyelesaikan pertikaian permasalahan di atara kedua belah pihak dan ia diselesaikan secara lantikan hakam oleh mahkamah.
Pada 14 Julai lalu, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat menetapkan urusan perceraian antara Zehra dan Iqwan akan dibuat menerusi lantikan hakam oleh mahkamah.
Sebelum ini, hasil daripada pembentangan keputusan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) kepada pihak mahkamah juga mendapati ada berlakunya Syiqaq iaitu tiada persefahaman yang berpanjangan antara Zehra selaku plaintif dan Iqwan (defendan).
Zehra dan Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Zehra sebelum ini pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ia hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Begitu juga, Iqwan pernah berkahwin, namun bercerai juga dengan bekas isteri pertamanya dan mereka memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan itu.
Must-Watch Video