,
Laman Utama

“Mak Tak Ada Nanti Waktu Nikah Kami Minggu Depan…” - Shila Amzah Akan Rindu Semua Tentang Ibu Ubai

Asyikin Mayudin
31/07/2023
03:40 MYT
Penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa sedih dengan pemergiaan Allahyarham bakal ibu mentuanya yang telah meninggal dunia akibat kanser pada petang Ahad.
Shila turut memberitahu dia akan merindui ibu kepada tunangnya, Ubai iaitu Rohani Jamal yang sentiasa menjadi seorang pendengar yang baik.
“Mak memang mak yang sangat baik, ramai orang sayang mak. Sha happy sangat dapat kenal mak… Sha akan rindu mak. Mak setia saja dengar Sha mengomel, dengar keluhan Sha… Sha akan rindu semua.
“Kekuatan mak, gelak tawa mak. All your wisdom, semua pesan mak. Sha akan ingat sampai bila-biila,” luah Shila menerusi laman Instastory miliknya.
Sedih bakal ibu mentua tiada di majlis pernikahannya pada minggu depan, Shila bagaimanapun berkata dia akan menjaga tunangnya dengan baik.
“Mak tak ada nanti waktu nikah kami minggu depan, semua dah siap dah. Tak ada apa pun mak perlu risaukan. Sha akan jaga Ubai elok-elok seperti mana dia jaga Sha.
“Sha akan make sure Alieya terjaga, dia ada kakak-kakak sekarang. Damailah mak disana. Sayang mak,” kata Shila lagi.
BACA SINI: “Terima Kasih Emak… Sayang Mak Sangat-Sangat” - Al-Fatihah… Ibu Ubai Meninggal Dunia
BACA SINI: Ubai Sebak, Ini Pesanan Ibu Sebelum Ditidurkan - “Walau Apa Jadi…”
Ibu personaliti media sosial, Ubai iaitu Rohani Jama meninggal dunia pada pukul 6.45 petang Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Untuk info, Ubai dan Shila bertunang pada 27 Mei lalu dan difahamkan majlis pernikahan mereka bakal berlangsung dalam masa terdekat seperti bayangan yang diberikan oleh penyanyi wanita itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nyanyian Perfect, Peminat Tak Percaya Shila Amzah Cuak! - "Jumpa Final Sajalah Kalau Macam Ni"

gempak
16/09/2024
00:50 MYT
Menerusi video yang dikongsikan penyanyi tersebut,rata-rata peminat memuji nyanyian bersahaja Shila yang mendendangkan lagu To Love You More nyanyian asal Celine Dion.
Hiburan

Kembali Gegarkan China, Shila Amzah Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak – “Akhirnya Saya Buat Ini Untuk Keluarga Saya..."

gempak
13/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah mengakui terpaksa berkorban masa dengan keluarga apabila kembali menyertai sebuah pertandingan realiti nyanyian di China iaitu 'Singing With Legends' musim keenam.
Hiburan

Syada Rindu Shila, Jelas Status Hubungan Keluarga Terkini - "Kami Tak Bercakaran, Tapi…"

gempak
21/08/2024
07:55 MYT
Penyanyi Syada Amzah tampil memberi respons susulan dia memuat naik sebuah video penghargaan kepada kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah sempena ulang tahun kelahiran Shila baru-baru ini.
Hiburan

Luah Rasa Sayang, Ibu Titip Doa Untuk Shila Amzah Sempena Hari Lahir - “Serta Umur Yang Menjadi Kesempatan Untuk Rajin Beribadah…”

gempak
14/08/2024
08:25 MYT
Perkongsian ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman yang memberi ucapan hari lahir buat penyanyi itu di Instagram pada Selasa menarik perhatian netizen.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.