HIBURAN
Mahu Jadi Muslimah Lebih Baik, Isteri Azlan Komeng Buang Silikon & Tatu - “Bengkak Muka Macam Ikan Kembung Tapi Saya…”
Untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik, isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz mengambil keputusan membuang silikon di bahagian hidungnya.
Tak nak menyesal
Rela menanggung kesakitan daripada berasa menyesal di kemudian hari, Nilam berkata bukan sahaja membuang silikon malah dia juga tetap mahu memadam tatu di badannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azlan Komeng Kongsi Surat Tuntutan Saman Fitnah, Hilang Sabar Dengan Fitnah Netizen - “Ini Adalah Langkah Pertama…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Dah Cakap Jangan Usik Isteri Aku!” – Azlan Komeng
ARTIKEL BERKAITAN: “Hello, Saya Lagi Cantik Daripada Nilam… Sebab Mata Ini La Azlan Komeng Jatuh Cinta” - Bakal Madu Nur Nilam Ortiz
“Ada orang cakap dengan saya, tak payah la kalau dah taubat tak perlu buang dah silikon ke atau tatu di badan. Allah maha mengetahui, Allah maha pengampun.
“Betul saya sangat bersetuju! Tapi setiap orang sangat berbeza pendapatnya. Dan saya salah seorang, bagi saya lebih baik saya sakit mencuba dan kemudian baru menyerah.
“Dari menyerah tanpa mencuba, sekurang-kurangnya Allah melihat usaha saya,” kongsinya menerusi akaun TikTok miliknya.
Terus istiqamah
Tetap akan membuat siaran langsung biarpun keadaan wajahnya membengkak, Nilam berharap Allah menerima taubat dan dia juga akan terus istiqamah menjadi muslimah yang baik.
“Fasa pertama sudah pun berjaya. Bengkak muka macam ikan kembung tapi saya akan live macam biasa. Seterusnya untuk buang tatu dan hapuskan dosa-dosa dulu.
“Semoga Allah menerima taubat dan Insya-Allah hidayah ini akan saya jaga sampai menutup mata. Doakan ya, kalau orang tak percaya sila pergi main jauh-jauh ya,” ujarnya.
Must-Watch Video