,
Laman Utama

“Macam Enjit-Enjit Semut Je”- Ning Baizura Tak Layan Kecaman, Gembira Terima Sokongan Rakan Selebriti

Syafiqah Jalal
18/08/2022
06:28 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ning Baizura akui langsung tidak patah semangat selepas susulan penularan video nyanyiannya ketika mendendangkan lagu Awan Yang Terpilu yang didakwa sumbang dan dikritik hebat beberapa minggu lalu.
Malah Ning, 47, berkata keazamannya untuk terus menghiburkan peminat lebih tinggi apabila dia mendapat sokongan daripada ramai rakan artis seperti Siti Nurhaliza Tarudin, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.
“Saya baik-baik saja, sebetulnya berasa gembira dan tersentuh hati apabila rakan-rakan artis terus memberi sokongan padu walaupun dihimpit kontroversi itu.
“Bayangkan jika 30 tahun berada dalam industri tapi orang tak bercakap fasal kita tak risau ke? Bagi saya, benda buruk boleh ditukar kepada perkara positif.
“Insya-Allah, tahun depan sempena 30 tahun pembabitan sebagai penyanyi, mana tahu ada rezeki saya akan hadiahkan sebuah konsert untuk peminat,” katanya kepada Astro Gempak.
Ning ditemui ketika majlis pelancaran Wonder Suit by Jovian Mandagie di Tropicana Golf and Resort, Petaling Jaya semalam selepas memperkenalkannya bersama empat selebriti terkenal Rozita Che Wan, Ifa Raziah, Sherry Alhadad dan Dolla yang terpilih sebagai duta produk.
Tambah Ning, dia hanya mentertawakan kembali pihak mengecamnya kerana baginya ia isu itu kecil sahaja.
“Saya nak tergelak saja…bukan bongkak, tapi mereka yang mengutuk mungkin tak pernah tahu apa saya pernah lalui sebelum ini. Kontroversi dialami dulu lebih teruk.
“Dulu saya fikir, mungkin saya artis yang paling kontroversi. Boleh namakan apa saja, misalnya isu pakaian seksi, ditipu pengurus atau pandai menjawab bila dikecam?
“Jadi, bagi saya, isu dikritik menyanyi sumbang ni seperti main enjit-enjit semut saja (isu kecil),” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.