,
Laman Utama

Luna Maya ‘Bekukan’ Sel Telur Demi Dapat Anak Di Usia Lanjut

Maliah Surip
19/01/2022
10:45 MYT
Menyedari usianya tidak lagi muda dan masih belum punya perancangan menikah dalam waktu terdekat, pelakon dan model Indonesia, Luna Maya telah membuat sebuah persiapan yang agak ‘berani’.
Luna mengaku dia telah melakukan proses freezing eggs atau mature oocyte cryopreservation.
Proses tersebut dilakukan secara pembekuan sel telur, di mana dalam cara ini sel telur wanita diambil dari ovarian selanjutnya dibekukan saat tidak dibuahi dan disimpan untuk digunakan ketika wanita tersebut telah siap untuk memiliki anak.
Menurut Luna, dia telah melakukan proses tersebut pada tahun lalu. Tahun ini, Luna berusia 38 tahun. Alasan Luna mudah. Dia tidak mahu dibebani soal usia yang meningkat namun belum menikah sekaligus tidak tahu bila akan diberi rezeki mempunyai anak.
“Sebagai perempuan kita memang berdepan faktor sukar memperoleh anak jika usia semakin bertambah.
“Tapi buat saya secara peribadi, usia bukan masalah (memiliki anak). Saya telah melakukan freeze egg,” akuinya saat menjadi tetamu di saluran YouTube Venna Melinda baru baru ini.
Tambah Luna usaha yang dilakukanya itu telah lama difikirkan.
“Sebenarnya saya sudah memikirkan untuk freeze egg sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan, namun hanya direalisasikan tahun lalu kerana ternyata proses tersebut boleh dilakukan di Indonesia,” kongsinya.
Dalam temubual sama, Luna berbagi kisah kehidupannya yang masih solo biar usia semakin meningkat. Selain mengaku sudah menjalin semula hubungan silaturahim dengan bekas kekasihnya, Ariel Noah, namun dia belum bersedia untuk berkahwin.
“Kalau bercakap tak teringin kahwin, punya anak, pastilah mahu. Tapi jujur cakap dengan keadaan saya yang saya rasa masih sihat dan bahagia, saya okay jika ia tidak akan terjadi sekarang,” katanya lagi.
Instagram: @lunamaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.