,
Laman Utama

Lovenya! Ini Produk IKEA Yang Boleh Bantu Tidur Nyenyak, Eh Lagi Selesa Dari Hotel Tau

Mya Amri
10/06/2021
05:47 MYT
Pernah tak ada hari-hari yang bila bangun pagi masih rasa letih? Sekiranya perkara itu kerap berlaku nampaknya anda harus melihat keadaan sekeliling dan cara-cara yang boleh memperbaiki tidur.
Selepas negara dilanda pandemik, selain tempat untuk berehat, bilik tidur juga boleh dianggap sebagai ruang bekerja.
Disebabkan itu juga rasa ketidakpastian, tekanan kerja, rutin harian yang berubah juga boleh menyebabkan anda mengalami tidur yang tidak lena dan kerap berjaga malam.
Keadaan bilik anda menggambarkan keadaan fikiran anda. Untuk merasai rehat yang bagus, minda anda perlu lebih tenang dan bilik juga harus kondusif untuk mendapatkan tidur yang lebih baik.
Antara faktor yang perlu diambil kira adalah keselesaan, cahaya, suhu, suara, kualiti udara, warna dan perabot bilik, semuanya memainkan peranan penting untuk mendapatkan tidur yang bagus.
Jangan risau, IKEA ada jalan penyelesaiannya.
Di sini kami kongsikan beberapa elemen penting untuk membantu anda tidur nyenyak:
Keselesaan Sebagai permulaan, sebelum tidur simpan barang-barang anda agar ruang tidak kelihatan bersepah. Dalam mewujudkan suasana tidur yang selesa, tempat tidur yang lengkap juga sangat penting.
Bukan hanya mengenai tilam, tetapi bantal dan linen juga menentukan tahap sokongan untuk badan dan tulang belakang anda pada waktu malam.
Ingat, keselesaan perkara utama yang membantu anda mendapatkan tidur malam bagus, bukan hanya untuk satu atau dua malam, tetapi setiap malam.
Saranan produk: (KLIK nama produk untuk maklumat lanjut)
HÖVÅG Pocket sprung mattress, queen size RM1,199
KLUBBSPORRE Ergonomic pillow RM149
KLEINIA Pillow protector, white 50x80cm RM49.90
LUDDROS Mattress protector180x200cm RM69
Pengcahayaan Pencahayaan adalah salah satu elemen yang paling sesuai dalam mewujudkan tidur yang kondusif. Secara amnya, semakin gelap bilik tidur, semakin baik kualiti tidurnya.
Lampu redup adalah cara yang baik untuk menyiapkan diri anda untuk tidur, tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada perlu bangun untuk mematikan lampu disaat anda hamper tertidur.
Anda juga boleh mempertimbangkan jenis-jenis pencahayaan yang sesuai untuk, sama ada pencahayaan pintar, lampu lantai atau lampu meja.
Selain itu, mewujudkan tempat tidur dalam suasana yang gelap, nyaman, dengan menggunakan tirai juga dapat memberikan keajaiban dalam menjaga cahaya semula jadi dan tidak silau.
Nampak macam biasa tetapi ini penting untuk memastikan anda mendapatkan beauty sleep terbaik!
Saranan produk:
PEKHULT Soft toy with LED night light RM59 ( fits for children’s room)
ÄNGARNA LED table lamp RM69 (fits for children’s room)
KAXLIDEN LED work lamp RM249
MAJGULL Block-out curtains, 1 pair RM159
ROSENMOTT Block-out curtains, 1 pair RM199
Suhu Tidur lebih menjadi lebih lena dibilik yang sejuk namun jika anda cenderung merasa kesejukan yang keterlaluan pada waktu malam, pastikan anda mempunyai selimut tebal, hangat dan selesa untuk digunakan.
Suhu bilik yang sesuai untuk tidur adalah sekitar 18 - 20 darjah namun apa yang penting ialah anda sendiri mengetahui suhu tidur paling sesuai untuk diri anda.
Saranan produk:
SMÅSPORRE Duvet, light warm, single size RM59
STJÄRNSTARR Duvet, cool, queen size RM129
PIMPERNÖT Quilt cover and pillowcase, single size RM89
JÄTTEVALLMO Quilt cover and 2 pillowcases, queen size RM109
Kualiti Udara You are what you breathe! Udara yang tidak bersih atau tahap kelembapan yang tidak seimbang di rumah boleh mengganggu tidur dan mempengaruhi kesihatan anda.
Kajian menunjukkan bahawa pencemaran udara dikaitkan dengan tidur yang kurang baik. Mereka yang terdedah kepada tahap pencemaran udara tertinggi selama lima tahun lebih cenderung mengalami tidur yang kurang berkualiti.
Ingat, kualiti udara yag baik harus dititikberatkan untuk memastikan anda mendapat tidur yang nyenyak.
Keseimbangan ini dapat dicapai dengan pelembab udara, pembersih udara atau udara semulajadi dengan cara membuka tingkap atau pintu di bilik anda. Tumbuhan hidup juga dapat membantu dalam membersihkan udara di bilik tidur anda.
Saranan produk:
DRACAENA MASSANGEANA Potted plant, Dom plant RM17.90
SANSEVIERIA TRIFASCIATA Potted plant, Mother-in-law's tongue RM29.90
Bunyi Tahap bunyi dan kebisingan juga mempengaruhi tidur kerana ia mampu memberikan rangsangan kepada minda.
Sebenarnya lebih tenang bilik, semakin baik kualiti tidur anda. Caranya mudah sahaja, sertakan perabot lembut untuk menyerap bunyi seperti tirai dan permaidani kerana ia yang merupakan penyerap bunyi yang sangat baik.
Jenis perabot ini juga dapat mengurangkan getaran dan menyekat bunyi yang tidak diingini dari bilik di sekitarnya.
Saranan produk:
STOENSE Rug, low pile, off-white80x150cm RM149
GRACIÖS Rug, turquoise 133x160cm RM169 (boleh muat untuk bilik anak-anak juga)
Warna dan perabot Warna dan perabot juga penting dalam mewujudkan suasana dan persekitaran selesa. Antara warna bilik tidur yang paling santai dan menenangkan adalah biru, kuning dan hijau.
Ingat tau, semasa membeli aksesori bilik tidur sama ada langsir, bantal, cadar, penutup selimut, selimut dan perabot secara umum adalah penting untuk mempertimbangkan warna-warna berkenaan untuk mendapatkan tidur yang lena.
Saranan produk:
LUDDE Sheepskin RM249
OFELIA Blanket RM69
RÅVAROR Throw RM199
Menarik kan? Jadi apa tunggu lagi, dapatkan produk-produk berkenaan di IKEA secara online.
Layari IKEA.my sekarang ya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.