HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
Penyanyi rap, Loca B berkongsi anak sulungnya, Yusuf Alexander pernah menyatakan dengan tegas dia tidak mahu mengikut jejak langkah ibu bapanya dalam bidang nyanyian.
Menurut Loca, Yusuf berkata demikian ketika usianya baru sahaja lima tahun.
“Anak saya yang pertama, waktu dia lima tahun, dia pernah pandang tepat ke mata saya dan berkata, Mommy dan Babah, saya takkan jadi penyanyi macam kamu berdua.
“Dia pernah ‘warning’ kami dari awal,”katanya kepada Gempak.
Loca berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran program The Chosen One XTRA dan Jutawan Ekspress, baru baru ini.
Namun, pelantun lagu Permaisuri itu menyatakan pendirian anaknya itu mula berubah apabila dia berpeluang menyaksikan sendiri sesi rakaman program realiti kanak-kanak tersebut.
“Waktu tu saya bawa dia tengok rakaman The Chosen One Xtra. Saya nampak dia sangat teruja tengok budak-budak menyanyi. Di rumah pun dia sebenarnya senyap-senyap akan beri komen kalau ada lagu yang dia suka.
“Kadang dia akan cakap, ‘Melodi ni sedap, Mommy.’ Lepas tu dia akan bantu cari tempo lagu untuk kami. Yang menariknya, kami tak pernah pun suruh dia buat semua tu sebab dia sendiri yang cakap tak nak jadi penyanyi,” kongsinya.
Walaupun pada awalnya anaknya menolak kerjaya seni, Loca dan suaminya sentiasa terbuka dan menyokong apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak mereka.
“Kami sebagai ibu bapa hanya mahu lihat di mana minat dia berada. Kami cuba pelbagai benda, dan bila dia tunjuk apa yang dia suka, di situlah kami akan mula dorong dan beri sokongan penuh supaya dia berani mencuba,” katanya.
Loca juga menegaskan mereka tidak mahu memaksa anak-anak mengikut laluan sama seperti mereka dalam industri muzik.
“Kami hanya akan ‘push’ bila dia sendiri sudah menunjukkan minat. Kalau dia nak mencuba, kami akan ada di belakang dia, sokong sepenuhnya.
“Yang penting, biar dia menyesal dengan kenyataan dia sendiri dulu,” tambahnya.
BERITA BERKAITAN: Kemelut Antara Keluarga Mentua, Loca B Anggap Sebagai Ujian - “Saya Dah Move On & Mahu Fokus Pada Anak”
BERITA BERKAITAN: “Sebab Kamu Takut” - Loca B Dakwa Ibu Mentua Sebar Fitnah, Beri Amaran Tegas
BERITA BERKAITAN: Penindasan Di Palestin Buka Mata Loca B, Ambil Keputusan Bersara Dari Dunia Seni - “Saya Nak Anak Faham Tentang Agama…”
BERITA BERKAITAN: Penantian 8 Tahun Berbaloi, Anak Loca B Dapat Status Warganegara Malaysia - “Tiada Lagi Lawatan Ke Kedutaan”
Must-Watch Video