,
Berita

Lima Ahli Keluarga Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Didakwa Terbabit Ideologi IS

Awani
19/06/2024
03:58 MYT
Lima ahli keluarga suspek dalam kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis 17 Mei lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu atas sembilan pertuduhan berasingan serta menggalak dan menanam ideologi kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS) pada Rabu.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.
Kesemua tertuduh terdiri daripada Radin Imran Radin Mohd Tassin, 62, isterinya Rosna Jantan, 59, dan tiga anak mereka Radin Romyulla, 34, Sobrina, 23, dan Mariah, 19.
Mengkikut kertas pertuduhan, Radin Imran didakwa atas empat pertuduhan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan menggalakkan perbuatan pengganas berkaitan IS kepada semua ahli keluarga.
Antaranya dia dituduh melakukan perkara itu kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, yang terlibat dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram bulan lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh ditiduh memberi sokongan kepada berlakunya kejadian pengganas dengan menyimpan empat senjata api jenis senapang angin buatan sendiri untuk menjalankan aktiviti pengganas IS yang didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(b) Kanun Keseksaan (Aakta 574).
Sementara itu Radin Romyullah berhadapan dua pertuduhan berbaiah kepada pemimpin IS dan memiliki cakera keras mengandungi bahan IS.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.
Tiga lagi tertuduh wanita didakwa atas pertuduhan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat berkenaan kesalahan itu mengukut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.
Kesalahan didakwa dilakukan antara April 2017 dan 17 Mei 2024 mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi tidak membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh semula sebutan kes pada 31 Julai depan.
Sumber - Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wira Insiden Tembakan Balai Polis Ulu Tiram Pimpin Ikrar Rukun Negara, Laungan Merdeka

gempak
31/08/2024
01:51 MYT
Wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa memimpin bacaan ikrar Rukun Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024
Berita

Suspek Culik Albertine Leo Didakwa Miliki Bantal Kanak-Kanak Bogel, Alat Sulit Wanita Palsu

gempak
08/08/2024
05:49 MYT
Penganggur yang tidak mengaku bersalah menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret Kulai, di sini, pada Khamis.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

gempak
22/07/2024
03:10 MYT
Suspek kes bunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah disambung reman tujuh hari lagi.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.