,
Laman Utama

Lengkap Vaksin & Masih Dijangkiti COVID19, Melissa Joan Hart Ingatkan Masyarakat Jangan Lalai

Maliah Surip
22/08/2021
12:50 MYT
Pelakon Melissa Joan Hart mendedahkan dirinya masih dijangkiti COVID 19 walaupun telah menerima suntikan vaksin penuh.
Pendedahan itu dilakukan melalui kemas kini terkini di akaun Instagramnya.
Hart mengesyaki dijangkiti COVID 19 daripada salah seorang anaknya yang ke sekolah dan mungkin masih ada dalam kalangan pelajar atau komuniti di luar yang tidak atau belum mendapatkan suntikan vaksin serta positif wabak tersebut.
"Saya telah divaksin dan dijangkiti COVID 19 adalah sangat teruk," tulis pelakon itu seperti dilaporkan CNN.
Dia kemudian dilihat menulis lagi: "Dada terasa sesak dan saya sangat sukar bernafas. Seorang anak saya juga mengalami simptom sama. Saya berdoa seorang lagi anak tidak dijangkiti."
Menurut bintang drama bersiri Sabrina the Teenage Witch itu, pendedahan yang dibuat bukan untuk menagih simpati, menakut nakutkan orang ramai, tetapi lebih bersifat peribadi memandangkan dirinya tetap boleh dijangkiti wabak tersebut walau telah melengkapkan pengambilan vaksin.
Dengan demikian, dia menyeru agar individu yang telah melengkapkan vaksin tetap berhati hati dan menjagakan SOP yang ditetapkan.
"Saya fikir negara membuat menetapan yang kurang bernas. Saya sangat marah kerana anak saya tidak perlu memakai pelitup muka di sekolah. Saya sangat yakin virus ini datang dari sana (sekolah)," luahnya.
Hart memiliki anak lelaki Tucker McFadden, 8, Braydon Hart, 13, dan Mason Walter, 15, hasil perkahwinan bersama Mark Wilkerson.
Mengaku memakai pelitup muka setiap hari, dia berasa sedih dan takut dengan keadaan yang melanda.
"Saya takut dan sedih juga kecewa kepada diri sendiri dan segelintir pemimpun kita.
"Saya berharap saya dapat lakukan lebih baik dan begitu juga dengan anda. Tolong jaga keluarga dan lindungi anak anak.
"Saya ingat pandemik ini akan atau telah berakhir. Rupanya belum. Ingat, pandemik ini belum berakhir dan tolonglah berjaga jaga," pesannya lagi.
Kredit Foto: Getty Images
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.