,
Laman Utama

Lelaki Ini Sanggup Kutip Sampah Sepanjang Lebuh Raya CSR, Harap Pengguna Jalan Raya Tak Kotorkan Jalan Balik Raya Nanti

Izwan Isa
02/05/2022
08:50 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman Twitter keadaan pinggir jalan di Lebuh Raya CSR yang dipenuhi sampah sarap.
Hal ini difahamkan berpunca daripada kapasiti tinggi kenderaan yang melalui lebuh raya berkenaan yang rata-rata bertujuan pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari raya.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pengguna jalan raya yang dianggap tidak bertanggungjawab.
“Parok lah orang kita. Penuh sampah di Lebuh Raya CSR! Malunya saya sebagai orang Kelantan.
“Nak buat macam mana bila tiada kesedaran sivik, masa cikgu ajar sivik dulu puak demo tidur dalam kelas,” katanya.
Meninjau respons netizen di Twitter, rata-rata memberikan maklum balas negatif terhadap kurangnya rasa sayang dalam diri orang ramai terhadap alam sekitar.
“Takut kes buka puasa tepi highway lepas tu beginilah… kesedaran sivik kurang. Bukan masalah negeri, masalah perangai diri sendiri,” tulis netizen. Begitupun, ada seorang hamba Allah yang ringan tulang dan membantu memungut sampah yang terbuang di sekitar lebuh raya berkenaan.
“Saya dah tolong kutip pukul 10.20 malam 30 April 2022. Harap orang yang balik kemudian tak tambah semula sampah-sampah tu,” katanya.
Individu terbabit juga turut berkongsi rakaman video yang memperlihatkannya mengutip sampah-sampah berkenaan pada waktu malam.
Tindakan pemuda berkenaan mendapat pujian netizen.
“Ni contoh orang tak cakap banyak. Tau-tau je pergi selesaikan masalah, tak perlu caci maki, keji, mengumpat buat dosa kering tapi takda apa-apa tindakan. Kudos buat bro dan team,” tutur seorang pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.
Viral

Kembang Tekak! Ulat Sampah Berjalan Atas Sudu, Lelaki Ini Dakwa Alami Keracunan Makanan Selepas Makan Di Restoran Popular Di KL – ‘Sihat, Gemuk, Gebu”

gempak
31/07/2024
03:25 MYT
Seorang lelaki mendakwa dia mengalami keracunan makanan selama lima hari gara-gara menjamu selera di sebuah restoran di Kamung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Viral

Jijik! Wanita Dedah Taska 'Pengotor', Kongsi Satu Tuala Untuk Semua Budak - "Kain Buai Bau Hancing"

gempak
23/06/2024
02:55 MYT
Seorang wanita mendakwa sebuah taska di Sungai Buloh, Selangor tidak mengekalkan kebersihan selain turut mengabaikan keselamatan kanak-kanak asuhan di situ.
Viral

Anak Dibiar Bau Hancing & Luka-Luka, Bibik Doakan Thalia Baiduri 'Mampus' - "Depan Saya Dia Baik, Tak Tinggal Solat Dhuha"

gempak
23/04/2024
02:44 MYT
Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri terkejut apabila mengetahui sikap sebenar pembantu rumahnya yang dipanggil Bibik Elly yang tidak berlaku jujur dan melayan anak bongsunya dengan teruk.
Terkini

Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen

gempak
19/04/2024
08:55 MYT
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini