,
Laman Utama

Layan Siri TV Fenomena Projek High Council Di Aplikasi sooka, Ada Pelan Entertainment Percuma 7 Hari!

Amri Hassan
20/06/2023
09:29 MYT
Saksikan Naim, Kahar dan Fakhri berentap sebagai kapla sooka dan nikmati trial pelan Entertainment percuma selama 7 hari
Siri yang menggegarkan Malaysia, Projek High Council (PHC) kini boleh distrim di aplikasi sooka pada setiap Isnin, bermula pada 22 Mei 2023.
Penggemar siri ini boleh melanggan pelan serendah RM15.90 sebulan (Entertainment) tanpa sebarang kontrak untuk menonton siri ini, di samping pelbagai drama, program realiti, dan aksi sukan LIVE tempatan dan antarabangsa sesuai dengan citarasa pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan millenial.

Sinopsis Projek High Council

Projek High Council diangkat daripada ‘kisah benar’ yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah, seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan. Siri ini mengisahkan perjalanan hidup anak-anak Ismet (Azhar Sulaiman) – Fakhri (Mierul Aiman) dan Naim (Nadhir Nasar) dalam mengubah tradisi di Kudrat.
Kahar (Amir Ahnaf) pula merupakan senior dan Kapla High Council yang mempertahankan tradisi Kudrat di mana buli dan pertarungan gelanggang ‘Pilihan Raya’ merupakan suatu kebiasaan.
Naim merupakan pelajar innocent yang berkeinginan untuk menjadi Kapla High Council, namun niatnya menjadi sukar apabila adiknya Fakhri sebagai pelajar baru Kudrat bertekad untuk menghentikan tradisi dan hieraki High Council yang toxic dengan turut serta memasuki gelanggang ‘Pilihan Raya’ untuk penentuan Kapla yang seterusnya.
Pelbagai kisah hitam di antara mereka juga dibongkarkan sepanjang siri ini melalui sudut latar belakang keluarga dan juga situasi di Kudrat sendiri.

Promosi terhad!

Sempena tayangan Projek High Council, sooka memberikan promosi terhad bagi para pelanggan untuk menebus trial pelan Entertainment percuma selama 7 hari - dengan memuat turun aplikasi sooka dan menggunakan salah satu kod #SOOKANAIM atau #SOOKAFAKHRI atau #SOOKAKAHAR.
Kod ini juga memberi peluang kepada penonton untuk ‘mengundi’ KAPLA terbaru dan berpeluang meluangkan masa bersama barisan pelakon utama Projek High Council di ‘Hari Pilihan Raya Kapla’ anjuran sooka pada 15 Julai ini.
Pelbagai aktiviti menarik seperti tayangan perdana bersama fans, aktiviti bersama Kapla dan meet and greet exclusive buat pelanggan sooka bakal diadakan pada hari itu.
Pelanggan boleh mengikuti Instagram sooka di (@sookamalaysia) untuk maklumat lanjut berkenaan Hari Pilihan Raya Kapla sooka.
Projek High Council boleh dilayan melalui pelan sooka Entertainment serendah RM15.90/bulan atau Sports + Entertainment pada harga RM34.90/bulan atau sooka TV pada harga RM62.90/bulan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.