,
Laman Utama

Langgar Kontrak, Awal Ashaari Disaman RM300,000

Amri Hassan
15/02/2021
06:20 MYT
Syarikat hiasan dalaman Naz Carpentry, sekali lagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Awal Ashaari dengan menyaman TV hos tersebut lebih dari RM300,000 kerana melanggar kontrak.
Saman tersebut difailkan minggu lepas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.
Awal Ashaari didakwa melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru defendan dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Naz Carpentry dalam samannya menuntut deklarasi bahawa defendan Awal Ashaari tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.
Naz Carpentry juga menuntut lebih dari RM300, 000 dibayar oleh defendan Awal Ashaari termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.
Selain itu, Naz Carpentry menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.
Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan menyatakan saman sivil yang difailkan minggu lepas adalah saman kedua terhadap defendan Awal Ashaari. Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry telah menyaman Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana telah menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui kempen media sosial di akaun Awal Ashaari.
“Anak guam berpendapat bahawa Awal Ashaari tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut,” tambah Nurul Hafidzah Hassan.
Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi ancaman serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.
“Ancaman reputasi yang dihadapi Naz Carpentry telah menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi dan jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat, terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini.
“Walaupun krisis ini telah memberi kesan terhadap ekuiti jenama perniagaan syarikat, Naz Carpentry percaya yang imej, reputasi dan jenama mereka akan berjaya dilindungi dan dipulihkan melalui tindakan undang-undang ini. Hasil dan mutu kerja Naz Carpentry melalui senarai klien terdahulu yang terdiri dari individu berprofil tinggi dan dihormati merupakan testimoni bagi kredibiliti kerja mereka,” jelas Saiful Ridzuan.
Naz Carpentry merupakan syarikat hiasan dalaman yang terkenal di kalangan selebriti, individu berprofil tinggi termasuk dari kerabat diraja dan orang kenamaan (VIP).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.