,
Viral

Ladang Kelapa Sawit Dipercayai Lokasi Farah Kartini Dibunuh - "Motif Dalam Siasatan Lagi"

Gempak
17/07/2024
11:25 MYT
Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.
"Kita percaya ia berlaku di sini (lokasi kejadian) dan dilakukan suspek seorang.
"Motif dalam siasatan lagi dan tidak boleh bagi satu keputusan yang terlalu awal, namun kita percaya kes pembunuhan berlaku di sini maksudnya sini ialah 'primary scene'," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Jumpa bahan bukti Hussein berkata, penahanan suspek lelaki berusia 26 tahun itu pada 15 Julai lalu telah membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian selain barang bukti.
"Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti," ujarnya.
Lokasi lain 20 minit Mengulas lanjut beliau berkata, operasi pencarian bahan bukti di lokasi pada Rabu menemukan sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.
"Operasi pencarian bahan bukti akan diteruskan sehingga pasukan siasatan berpuas hati dengan bahan siasatan.
"Operasi membabitkan mengenai pasukan forensik serta unit anjing pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi kejadian.
Beliau pada sama memaklumkan, operasi juga akan diteruskan di satu lagi lokasi di kawasan Perak yang jaraknya kira-kira 20 minit dari lokasi tersebut.
Media sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.
Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.
Susulan itu, suspek juga bekerja sebagai anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Balai Polis Slim River, Perak ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

BERITA TRENDING: Penjawat Awam Ditahan Bantu Siasatan Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Abang Farah Kartini Ke Lokasi Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Adalah Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

BERITA TRENDING: Polis Siasat Menyeluruh Motif Pembunuhan Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Mayat Hampir Reput, Nur Farah Kartini Dipercayai Sudah Meninggal Dunia Beberapa Hari - “Belum Dapat Dipastikan Kecederaan Yang Ada”

BERITA TRENDING: "Pasal Lelaki Itu Saya Tak Tahu Apa-Apa" - Abang Farah Kartini

BERITA TRENDING: "Mati Rasa Hanya Kerana Dikecewa & Disia-Sia" - Farah Kartini

BERITA TRENDING: Kronologi Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: [VIDEO] Rakan Dedah Momen Terakhir Farah Kartini, Lambaian Terakhir Buat Ramai Sebak - "Tak Percaya Ayat Terakhir Awak Untuk Kami"

BERITA TRENDING: "Silap Anak Saya, Dia Tidak Membuat Laporan Polis Bila Diugut & Mengambil Tindakan Sendiri," - Bapa Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini

BERITA TRENDING: Jenazah Farah Kartini Dikebumikan di Pahang

BERITA TRENDING: Hilangnya Bakal Pendidik Bangsa, Nur Farah Kartini Graduan Cemerlang Dengan GPA 4.0 - “Banyak Cabaran Sepanjang Tempoh Pengajian Ini Tapi…”

BERITA TRENDING: Keadaan Mayat Nur Farah Kartini Reput Di Dada, Muka - “Buat Masa Ini Pakar Tidak Dapat Sahkan Kematian Kerana…”

BERITA TRENDING: Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

BERITA TRENDING: Masih Tunggu Keputusan DNA, Jenazah Farah Kartini Tidak Boleh Dituntut Hari Ini

BERITA TRENDING: Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.