,
Laman Utama

Kreatif & Unik! Inilah 'Hidden Gems' Baharu Di Malaysia Yang Korang Patut Teroka, Semua Snap Pakai Samsung Galaxy S Series

Amri Hassan
18/12/2023
08:23 MYT
Malaysia kaya dengan khazanah alam semulajadi yang tak ternilai indahnya. Pantai, gunung, laut, hutan, seni bina, makanan, pakaian dan kepelbagaian kaum membentuk negara yang paling indah untuk didiami.
Dalam pada kepesatan ekonomi dan pembangunan ketika ini, Malaysia masih tersimpan banyak lagi permata yang menarik untuk diterokai.
Terbukti menerusi peraduan fotografi Go the S-tra Mile Samsung, enam pemenang telah diumumkan dan bakal ke Korea Selatan untuk trip fotografi bersama jurugambar profesional tidak lama lagi. Keenam-enam pemenang ini telah diumumkan pada 23 November lalu.
Gunung Pulai di Johor Bahru, Johor yang dibidik @aliasyraf, sunset di Kuala Rompin, Pahang yang dirakamkan cukup majestik oleh @sol_h_n, pesisir pantai di Taman Negara Bako, Sarawak seperti yang diabadikan oleh @zzkoay81 antara karya yang terpilih daripada keenam-enam pemenang Go the S-tra Mile Samsung.
Gunung Pulai, Johor Bahru_@aliasyraf
Kuala Rompin, Pahang_@sol_h_n
Bako National Park, Sarawak_@zzkoay81
Tiga lainnya memaparkan panorama indah di Gunung Liang, Perak (@ismailhasyimi), Kuil Gua Chin Swee, Pahang (@yuewaichee) dan senibina moden Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur (@xxalex0802xx).
Gunung Liang East & West, Perak_@ismailhasyimi
Chin Swee Caves Temple, Pahang_@yuewaichee
Tun Razak Exchange, KL_@xxalex0802xx
Harus diberikan pujian juga kepada usaha beberapa peserta lain yang membidik foto di Lembah Bujang (Kedah), Encore (Melaka), Pulau Kapas (Terengganu), Pulau Kendi (Pulau Pinang), Kuil Thai Pak Koong (Pulau Pinang), St Diamond Building (Putrajaya) dan Sungai Siput (Perak).
Enam pemenang itu akan menyertai trip ke Korea Selatan bersama jurugambar profesional yang sebelum ini pernah memberikan tips berguna kepada peserta untuk menyertai peraduan Go the S-tra Mile Samsung menggunakan Galaxy S23 Ultra.
Mereka ialah:
1. @thinnesh.jpg 2. @real.joshuase 3. @tianchad 4. @azizimusa_ 5. @neysaassila 6. @sesat_in_malaysia
Yang bestnya nanti, enam pemenang Go the S-tra Mile Samsung itu akan ke Korea Selatan untuk merakamkan momen-momen indah di sana sambil ditemani enam jurugambar profesional untuk 'level up' skil dorang dalam mencipta kandungan menggunakan Galaxy S Series.
Samsung sentiasa membawakan permata terindah dan terbaik yang ada di Malaysia ke mata dunia. Korang boleh perhatikan di beberapa papan iklan digital sekitar Kuala Lumpur untuk melihat karya-karya pemenang.
Nak tahu tak rahsia pemenang-pemenang ini dipilih?
Samsung Galaxy S23 Series sebenarnya memberikan pengalaman kamera profesional yang ultimate kepada pengguna untuk menghasilkan gambar dan video yang epik tak kira siang atau malam.
1. 200MP (Galaxy S23 Ultra) akan mencipta butiran khusus biarpun imej dipotong dengan beresolusi tinggi lebih 16x.
2. Nightography - Selfie malam: Kamera 12MP akan memberikan imej jelas untuk selfie pada waktu malam dengan AI Object-aware engine untuk warna dan tekstur autentik - Potret malam: Efek bokeh luar biasa dengan AI Stereo Depth dan pemfokusan jelas dan pantas Dual Pixel AF. - Video jelas: Kejelasan dipertingkatkan dengan pengurangan noise AI Object-aware engine (depan) dan menyokong aplikasi 3rd party (Instagram/Snapchat/TikTok).
3. Gambar 'backlit' dengan butiran jelas: boleh merakamkan sebagai butiran dalam apa jua keadaan.
4. Julat dinamik Super HDR 4x lebih luas untuk gambar 50MP (S23 Series) dan peningkatan butiran ekstra dengan AI.
Perhatikan papan tanda digital di sekitar jalan Kuala Lumpur dan korang akan melihat sendiri ‘hidden gems’ yang dimaksudkan!
Maklumat lanjut tentang produk layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s23-ultra/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.