BERITA
Bayi 3 Bulan Dir*gol, Video Dirakam Dan Dijual
Mengejutkan. Seorang bayi berusia tiga bulan menjadi mangsa keganasan seksual apabila dia dirogol dan rakaman itu dijual.
Pendedahan itu dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap di Perhimpunan Bulanan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu.
"Saya diberi taklimat pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya (kes) seriuslah.
“Sekarang ini sudah berlaku suatu keadaan yang teruk, tidak terjangkau dek akal.
"Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan dijual video itu.
"Itu sudah kira gila... ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” katanya.
Justeru beliau berkata, KDN sedang merancang untuk memperkasakan D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita mengenai kes berkenaan, Saifuddin enggan mengulas lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video