gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Lamine Yamal Didakwa Eksploitasi Orang Kerdil Di Parti Ulang Tahun Ke-18
HIBURAN
Bertunang Lepas 6 Bulan Cerai, Andrew Andika Dicop Lelaki ‘Red Flag’
KELUANG MAN
Lelaki Ini Beri 8 Sebab Terhibur Dengan Keluang Man Lepas Tonton Di Astro First- “Tak Sangka Pula Cerita Ni Random meta komedi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Didakwa Herdik Adzrin Adzhar, Ogy Ahmad Daud Balas - “Selagi Dia Tak Sebut Nama Saya, Dia Dalam Zon Selamat”

Mya Amri
Mya Amri
16/07/2025
10:56 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Herdik Adzrin Adzhar, Ogy Ahmad Daud Balas - “Selagi Dia Tak Sebut Nama Saya, Dia Dalam Zon Selamat”
Pelakon hebat, Fauziah Ahmad Daud tidak cepat melatah apabila ada netizen yang mengaitkan namanya berhubung isu guru vokal, Adzrin Adzhar mendakwa pernah diherdik dan dihina oleh seorang artis vateran.
Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, 63, enggan mengulas lanjut selagi individu terbabit tidak menyebut secara jelas namanya dalam kenyataan yang dibuat.
“Siapa saya nak singkirkan orang. Adakah individu itu ada menyebut nama saya? Kalau tiada, saya tidak patut jawab isu ini.
“Tetapi kalau dia sebut nama saya, peguam saya akan jawab bagi pihak saya. Selagi tidak menyebut nama saya dia berada di zon yang selamat.
“Jika tidak peguam saya akan menjawab soalan yang diajukan, semudah itu. Saya sendiri tidak membaca tentang isu ini, malah keluar di mana artikelnya pun saya tidak tahu.
“Kalau dia sebut artis veteran yang sudah lima dekad, saya rasa ramai lagi artis yang juga sudah lima dekad dalam industri,” ujarnya.
Ogy berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Asian Top Stars yang berlangsung di ASWARA, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ogy berkata dia dan Azdrin pernah bersemuka sekali sahaja dalam satu sidang media dan tidak pernah berkerjasama dalam mana-mana program.
“Saya pernah bertemu dengan dia di sidang media konsert Ezad Lazim. Setakat itu sahaja pertemuan kami ketika itu.
“Saya juga tidak pernah bekerjasama dengan dia dalam mana-mana acara.
“Saya pun tidak tahu kenapa netizen petik nama saya dalam isu ini. Mungkin netizen nampak saya paling popular,” katanya.
Terdahulu, Adzrin, 40, meluahkan rasa kecewa selepas berdepan layanan yang dianggap menghina daripada seorang pelakon senior tanah air.
Menurutnya salah faham mula timbul apabila dia menjawab beberapa soalan yang diajukan secara profesional dan difahamkan insiden tersebut berlaku dalam satu sesi perbincangan produksi bersama beberapa tenaga pengajar dan pihak yang terlibat.
Lebih mengejutkan, Adzrin mendakwa pelakon itu bukan sahaja mempertikaikan kemampuannya sebagai tenaga pengajar, malah menggesa pihak produksi untuk menggugurkan namanya daripada sebuah program seni yang sedang dirancang.
Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu, Ogy terlibat sebagai pengetua dalam program Asian Pop Stars yang bakal memulakan siaran langsungnya menerusi saluran RTM bermula 29 November depan.
Topic Berkaitan
#Ahmad
#Ogy
#Adzrin Adzhar
#Herdik
#Daud
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement