,
Laman Utama

Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur ‘Penutup’ Yang Sempurna

Maliah Surip
13/11/2023
09:39 MYT
Sebagai sebuah penampilan terakhir di atas panggung sebelum berehat panjang daripada melakukan konsert, Noah tampil maksimal.
Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur yang berlangsung di Megastar Arena menjadi saksi bagaimana ‘salam perpisahan’ daripada Noah buat seluruh penggemarnya berlangsung dan berakhir tanpa kecewa.
Membuka konsert dengan Topeng yang dihasilkan versi baharu dengan permainan visual yang cukup mega, Noah terus membuat peminat tidak lagi mampu bertahan berdiri tanpa menyanyi atau bergoyang.
Lontaran vokal Ariel sang vokalis yang tak henti membikin histeria pada pencintanya kerana sosok tampan belum pudar diiringi permainan padat daripada Lukman dan David bersama instrumen mereka, Noah tahu bagaimana membuat peminat jangan berganjak.
“Ini akan menjadi penampilan terakhir sebelum Noah berehat panjang,” kata Ariel yang disambut sorak sorai peminat — antara teruja dan mungkin akan menjadikan konsert ini bekal terbaik sebelum perlu ‘berpuasa’ daripada melihat Noah beraksi secara langsung di atas panggung.
Dengan segudang pengalaman bertemu peminat di tapak-tapak pesta atau konsert yang telah dilakukan sepanjang lebih dua dekad karier mereka (termasuk sewaktu dikenali sebagai Peterpan), Noah langsung tidak canggung.
Ariel bijak menjinakkan penonton. Mengawal turun naik emosi mereka dengan repertoire lagu yang sudah dihafal lumat oleh ribuan penonton yang hadir di konsert anjuran Yolo Malaysia itu.
Ia menjadi bukti mengapa Noah menjadi salah satu kugiran termahal dalam sejarah muzik Indonesia kerana mereka ‘tidak menjual pencitraan’ tetapi meletak seluruh jiwa raga, kecintaan dan kualiti yang dibentuk dalam sepak terajang perjalanan karier mereka.
Lalu saat tembang tak asing seperti Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan Separuh Aku ada dalam 24 senarai lagu yang dimainkan, peminat terus tenggelam dan lemas dengan energi luar biasa Noah.
Suara Dalam Kepala, single baharu Noah disuntik kelainan apabila rapper tersohor negara Joe Flizzow berkolaborasi dengan Ariel.
Dan Ariel terus membuat histeria serta cemburu saat ditemani seorang wanita yang diberi mawar sewaktu mendendangkan tembang Ini Cinta yang cukup romantik.
Itu antara momen-momen penting yang terjadi pada Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur. Momen-momen yang menjadi mimpi indah buat seluruh peminat mereka.
Juga menjadi momen-momen yang akan didokumentasikan oleh tim Noah sebagai sebuah lagi konsert yang menuai sukses di Malaysia.
Konsert Noah Menemaniku Kuala Lumpur adalah penutup atau salam rehat yang sempurna.
Sehingga bertemu di masa hadapan dengan karya-karya yang mengasyikkan Noah dan tentulah kehadiran secara langsung di atas pentas dengan aksi memukau dan ‘masukan’ baharu dalam permainan muzik akan dirindui sehingga kita bertemu lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.