,
Laman Utama

Konsert Di KL- Ruth Sahanaya Menangis, Camelia Antara Selebriti Hadir Bagi Sokongan!

Syafiqah Jalal
12/11/2022
14:42 MYT
Penyanyi bertaraf legenda Indonesia, Ruth Sahanaya, 56, berjaya menggegarkan pentas prestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi konsert solonya, Fabulous Friday Ruth Sahanaya, malam semalam.
Selepas lebih empat tahun tidak mendengar nyanyian penyanyi yang berasal dari Bandung, Indonesia itu Ruth kembali ke Malaysia mengubat kerinduan peminat.
Memulakan persembahan dengan lagu-lagu rancak seperti Satu dan Astaga kemunculan pertama kali Ruth di atas pentas telah membuat semua penonton yang hadir bersorak keterujaan.
Lebih mengujakan penyanyi genit itu telah memukau lebih kurang 500 penonton pada malam tersebut dengan lagu-lagu popularnya seperti Kau Lah Segalanya, Keliru, Bersama Dirimu Tak Kuduga, Selamanya, dan banyak lagi.
Selepas puas melayan peminatnya dengan lagu-lagu ‘sing along’, penyanyi bersuara merdu itu kemudian dilihat sempat mengalirkan air mata selepas menyanyikan lagu Thankful.
Menurut Ruth, lagu itu memberi makna yang besar buatnya terutama apabila mengenang jasa ibunya dalam membesarkannya serta memberi sokongan kepadanya dalam karier seni.
“Saya menangis kerana teringatkan Mama saya. Lagu itu adalah tanda terima kasih saya pada ibu.
“Berkat doa dan didikan orang tua terutama ibu saya telah membawa saya sehingga ke hari ini,” katanya kepada Gempak ketika ditemui usai konsert berkenaan.
Konsert yang berprestij dan intimate itu turut dihadiri oleh rakan-rakan artis dari Malaysia yang rapat dengannya seperti Datuk Sheila Majid, Camelia dan Norynn Aziz yang bersama-sama sehingga ke akhirnya.
Malah, Ruth sempat menyanyikan lagu medley dari sahabat-sahabat artisnya Krisdayanti, Rossa, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Sheila Majid.
“Rasa bangga selepas empat tahun tidak beraksi di Malaysia, saya senang sekali diterima peminat di sini.
“Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan lancar serta berpuas hati dapat memberikan yang terbaik buat semua yang hadir malam ini.
"Seperti empat tahun lalu di pentas sama saya pernah menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lelaki Indonesia seperti Afgan, Cakra Khan, Marcell dan Glenn Fredley.
"Jadi kali ini saya bawa idea baharu dengan menyanyikan lagu daripada empat penyanyi tersohor secara medley.
"Saya memilih Krisdayanti dan Rossa kerana mereka antara penyanyi yang terkenal di Malaysia sementara Sheila dan Siti pula mereka ini adalah kawan lama saya," ujarnya.
Konsert itu berlangsung selama dua jam dengan dendangan 15 buah lagu popular Ruth sejak lebih 30 tahun berada dalam industri.
Terdahulu, Fabulous Friday menampilkan persembahan Wings, Kunto Aji, Akasha dan Maliq & D'Essentials.
Ruth pernah memenangi anugerah The Best Selling Album menerusi Anugerah Industri Musik Indonesia dan The Best Selling Indonesian Album, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 1999 kini sudah 35 tahun berada dalam industri muzik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Unitar