,
Laman Utama

Konsert Billie Eilish Tidak Rosakkan Padang Bukit Jalil, Bersedia Untuk Final Piala FA

Azwa Rahman
20/08/2022
09:23 MYT
Belum reda lagi isu konsert Billie Eilish, terkini ada yang mendakwa konsert penyanyi antarabangsa itu telah merosakkan padang di Stadium National Bukit Jalil.
Namun bagi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), mereka sudah mengambil langkah proaktif sebelum dan selepas pemenang anugerah Grammy itu melakukan persembahan bagi memastikan tiada kerosakan melibatkan padang mahu pun fasiliti lain.
Hal ini berikutan padang tersebut bakal menjadi medan pertarungan final Piala FA di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 September ini.
Tambah menurut PSM, biarpun dibanjiri kira-kira 25,000 penonton yang menonton konsert Billie Eilish – Happier Than Ever The World Tour 2022 kelmarin, namun keha­diran mereka tidak menjejaskan padang SNBJ.
Malah, padang Stadium Nasional Bukit Jalil akan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia.
Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Faidz Sanusi berkata, kerja-kerja penyelenggaraan padang dimulakan sebaik sahaja konsert berakhir pukul 11.30 malam, malah ia selesai sepenuhnya pada pukul 3 pagi semalam.
“Antara kerja yang dilaksanakan adalah pembersihan ke­seluruhan kawasan terraplus, pemunggahan Catwalk, FOH dan Mojo Barrier telah selesai pada pukul 3.30 pagi 19 Ogos.
“Secara keseluruhan rumput yang digunakan pada masa ini (Axonopus Compressuss) tahan kepada penggunaan acara selain acara bola sepak,” katanya..
Menurut Faidz, dalam tempoh tiga minggu menjelang Piala FA, PSM akan menjalankan kerja-kerja persediaan padang bagi memastikan segala perancangan berjalan lancar.
“PSM akan menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput, pembaikan levelling dengan meratakan keseluruhan padang, kerja-kerja pengudaraan dan pembajaan bagi membaikpulih padang,” tegasnya.
Isu penggunaan SNBJ menjadi perhatian susulan beberapa program berskala besar akan diadakan yang mengundang kebimbangan dalam kalangan pengujung khususnya aksi final Piala FA.
Pada hari sama perlawanan akhir Piala FA berlangsung, Axiata Arena yang terletak bersebelahan Stadium Nasional akan menerima hampir 10,000 peminat Dewa 19 yang mahu menyaksikan konsert kumpulan rock terkenal Indonesia itu.
Dalam waktu sama, terdapat funfair di kawasan Kompleks Sukan Bukit Jalil, memaksa PSM memikirkan pelan terbaik bagi mengelak perkara tidak diingini di­sebabkan kesesakan yang berlaku.
Sumber: Utusan Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Final Piala FA: Juara Milik JDT! Pertahan Kejuaraan Selepas Belasah Selangor 6-1

gempak
24/08/2024
15:50 MYT
Johor Darul Ta’zim muncul juara Piala FA selepas menundukkan Selangor FC 6-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.
Sukan

Final Piala FA: Kesebelasan Utama, Selangor Taruh Barisan Terkuat! Faisal Halim Di Bangku Simpanan

gempak
24/08/2024
12:35 MYT
Ketua jurulatih Selangor,Nidzam Jamil, mempertaruhkan barisan pemain terkuat dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Laman Utama

Tak Tahu Dewa 19 Buat Konsert Di Malaysia, Nourul Depp Luah Rasa Sedih - “Di Bali Pun Terlepas Huwaaa..”

gempak
13/09/2022
10:34 MYT
Takde rezeki.
Laman Utama

Terubat Rindu 9,000 Peminat Tonton Live Konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19

gempak
10/09/2022
05:00 MYT
Baladewa & baladewi puas dapat tengok konsert Anniversary 30 Years Of Dewa 19.
Laman Utama

Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Rugi Lima Tiket Bernilai RM2,540 - “Memang Allah Tak Izin..”

gempak
19/08/2022
08:29 MYT
Takde rezeki.