gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ucapan ‘Your Husband’ Edika Yusof Raih Perhatian, Netizen Syak Dah Kembali Bersatu - “Moga Kekal Bahagia…”
HIBURAN
Dah Shooting, Sign Kontrak Tapi Kerjasama Syed Saddiq & Era Tak Dapat Diteruskan Pada Saat Akhir
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Keka Terharu Terima Komen Positif Dari Ajai - “Hard Work Paid Off…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Melly Goeslaw Sebak Bertemu Misha Omar - “Tidak Ramai Penyanyi Yang Boleh…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
31/07/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Melly Goeslaw Sebak Bertemu Misha Omar - “Tidak Ramai Penyanyi Yang Boleh…”
Penyanyi, Misha Omar akui terkejut apabila melihat kehadiran komposer, Melly Goeslaw di majlis pelancaran single terbaharunya, Break.
Jelas Misha, kehadiran komposer lagu Break adalah sebagai satu penghargaan dan momen berharga buat dirinya.
“Sebenarnya saya sangat terharu apabila suara saya didengari oleh orang yang bukan calang-calang dari negara sebarang. Ia merupakan satu apresiasi.
“Pada mulanya saya nampak satu susuk tubuh seperti Melly tetapi saya perlu menumpukan kepada nanyian kerana guru saya, Datuk Syafinaz berada di hadapan.
“Kemudian Alhamdulillah dia pun nyanyi bersama-sama dan saya sangat gembira,”katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Pulangkan itu juga meluahkan rasa terharu apabila mengetahui Melly selama ini menganggap dirinya idola.
Pada pertemuan itu, Melly kelihatan sebak apa apabila pertama kali bertentang mata dengan penyanyi bervokal gemersik itu.
“Saya adalah peminat filem seram dan sangat meminati Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Bagi saya, Misha yang menyanyikan lagu runut bunyi filem itu, sangat menyentuh hati.
“Tidak ramai penyanyi yang boleh menghayati sesebuah lagu itu sekali gus menjadikan sesebuah babak itu hidup dan meninggalkan impak kepada penonton.
“Malah, semasa saya mendengar Misha menyanyikan lagu Pulangkan tadi, saya menangis,”katanya.
Mengulas mengenai penghasilan Break, Melly berkata, ia bermula selepas mereka saling berbalas mesej di media sosial.
“Selepas konsert saya yang pertama di Kuala Lumpur, saya ada hantar mesej kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian Misha ada meminta lagu daripada saya dan kebetulan memang saya nak bagi lagu kepadanya.
“Saya berikan dia dua buah lagu. Tetapi projek ini tidak dirakamkan serta merta hingga saya sangkakan ia tidak jadi.
“Sehinggalah saya menerima mesej daripada penggubah lagu Break iaitu Toh Pati yang bergambar bersama Misha di studio,”katanya.
Dalam pada itu, Melly tidak menolak mahu bekerjasama lagi dengan Misha untuk berduet dalam projek lagu runut bunyi yang bersesuain pada masa akan datang.
Single Break yang juga lagu tema drama bersiri siaran Astro, berjudul Mandul Bukan Pilihan sudah pun dilancarkan di platform digital bulan lalu.
Topic Berkaitan
#Misha Omar
#Melly Goeslaw
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement