HIBURAN
Kongsi Amalan Berdoa, Neelofa Dedikasi Satu Doa Khusus Dalam Setiap Sujud - “Kalau Solat 4 Rakaat, Saya Akan…”
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa berkongsi amalan berdoa yang diamalkannya setiap kali bagi memanjatkan sesuatu daripada Allah S.W.T.
Doa khusus
Menerusi video di TikTok, selebriti berusia 35 tahun ini memberitahu dia akan dedikasikan satu doa khusus dalam setiap sujud ketika mendirikan solat fardhu dan sunat.
"Setiap sujud yang saya buat, saya akan mohon satu doa. Doa yang mudah seperti ‘Ya Allah berikan anak aku selera makan, bagilah dia sihat dengan masakanku’.
"Setiap doa itu saya akan ulang dalam setiap sujud, jadi kalau solat empat rakaat, saya akan ulang doa yang sama sebanyak lapan kali. Saya akan dedikasi satu doa dalam setiap solat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Kesal Scammer Guna Foto Ibu Dan Adik Tipu Jemaah Di Tanah Suci - “Tidak Akan Mewah Dan Berkah Duit Dari Cara Haram”
ARITKEL BERKAITAN: Didakwa Sengaja Menunjuk Bilal Baca Surah Al Fatihah, Neelofa Perjelas Keadaan Sebenar - “Itu Terjadi Spontan Dia Datang Baca”
ARTIKEL BERKAITAN: Baca Al-Quran 4 Jam Sehari, Neelofa Kongsi Rutin Harian Sepanjang Ramadan - “Saya Bangun 4.30 Pagi, Ambil Air Sembahyang…”
Neelofa berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah saluran podcast yang dikendalikan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar di YouTube.
Cara tadah tangan
Tambah isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz itu, cara manadah tangan ketika berdoa yang terbaik adalah dengan mencamtumkan garisan pada kedua tapak tangan.
"Camtumkan dua garis pada tapak tangan, angkat dan minta pada Allah. Apabila dengan posisi sebegitu, badan kita akan jadi ‘humble’,” ujarnya lagi.
@n_izzah_anwar Edisi Khas, bukan lagi Ramadan, tapi Syawal telah melabuhkan tirai nya dengan episod terakhir ! 🥺 Perkongsian sisi peribadi, hijrah, dakwah dan kesederhanaan dalam meraikan Syawal bersama Hajah @neelofa ❤️ Link di bio! #fyp #fypシ #foryou #fypage #aidilfitri #doa #BicaraRamadan #aidilfitri2025 #neelofa #hijrah ♬ Sad song by piano and violin(886018) - NOVA
Must-Watch Video