gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
‘Di Sebalik Reda’ Paparkan Konflik Adik-Beradik, Siti Khadijah Cuba Selami Watak Darlina - “Saya Fahamkan Dialog & Berkenalan…”
HIBURAN
Elliza Razak Merayu Ketakutan, Diganggu Pengutip Hutang Bekas Suami - “Dah Bercerai! Tolonglah Jangan Cari Saya!”
HIBURAN
Shila Amzah Muncul Dengan Single Baharu, ‘Pernah Punya Aku’ - “Ketika Itu Emosi Tak Stabil, Suami Saran Luah Melalui Lagu”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Komen Isu 4U2C, Ajai Dakwa Beri Fakta, Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Sesiapa

Gempak
Gempak
02/07/2025
12:20 MYT
Sponsor Banner
Komen Isu 4U2C, Ajai Dakwa Beri Fakta, Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Sesiapa

Komposer yang juga anggota kumpulan Exists, Ajai menjelaskan dia tidak berniat menutup pintu rezeki atau menyebelahi mana-mana pihak ketika mengulas kontroversi penganjuran konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert, baru-baru ini.

Ajai atau nama sebenar, Mohamad Faizal Maas, 50, berkata selain menjawab pertanyaan media, kenyataan dibuat adalah perkongsian fakta dalam hal berkaitan atas niat mendidik.

"Kenyataan saya itu bukan untuk keruhkan keadaan atau tutup periuk nasi sesiapa. Apabila wartawan bertanya, ia lebih kepada pendapat dan fakta.

"Kami (Exists) jawab tanpa sebelahi sesiapa. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan fakta dan pengalaman yang pernah Exists lalui.

"Kami pernah alami isu seperti ini ketika mahu meninggalkan syarikat rakaman lama sebelum sertai label antarabangsa.

"Jadi, kami tak mahulah isu seperti ini terpalit kepada mereka yang ingin berkarya. Apa yang disampaikan hanyalah berkaitan fakta dan undang-undang... Itu sahaja," katanya

Ketika menjawab isu konsert 4U2C, antara lain, Ajai dilapor berkata, penggiat seni perlu peka dengan isu hak cipta dan setiap permasalahan yang timbul, boleh diselesaikan cara baik.

Ajai juga dilapor berkata, beliau pernah berhadapan situasi apabila lagu ciptaannya, Seandainya Masih Ada Cinta dendangan Dayang Nurfaizah, tidak dapat dipersembahkan selama empat tahun berikutan isu bahan rakaman atau 'sound audio'.

Ajai menambah dia tidak berniat untuk 'tikam belakang' atau cubaan menghasut apabila berkongsi pandangan itu.

"Sudah tentu saya bangga apabila mendengar ramai orang lama buat konsert. Fenomena sekarang pun sudah berbeza berbanding zaman dahulu.

"Jadi, kita tidak mahulah isu mengenai terma berkaitan hak cipta mengekang orang hendak berkarya. Pada masa sama, kita mahu mendidik bahawa industri muzik bukan hiburan semata-mata.

Ajai berharap krisis berkaitan konsert 4U2C dapat diselesaikan dengan baik antara semua pihak.

"Industri seni kita tidak besar. Mana yang boleh dibawa berbincang, bawalah bincang. Sama-sama ada label dan bebas. Jadi, rasanya, masing-masing bolehlah selesaikan masalah ini.

"Jangan biarkan kemelut ini berpanjangan," katanya.

Kontroversi berkaitan konsert 4U2C mula tercetus apabila komposer Man Senoi dan isteri, Mama Rap dilapor mendakwa pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penganjuran WE 4U2C Live In Concert biarpun mereka memiliki sepenuhnya hak cipta lagu-lagu kumpulan hip hop popular era 1990-an itu.

Man Senoi dilapor mempersoalkan bagaimana 4U2C hendak mementaskan konsert jika 25 lagu yang dirakam adalah adalah hak milik syarikat mereka, Zman Production.

Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event yang menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu Datuk AC Mizal, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, akan dipentaskan di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 15 September depan.

Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
#Ajai
#4U2C
#AC
#Mizal
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement