,
Laman Utama

“Komen Begitu Menunjukkan Kita Miskin…” – Izwan Azir Kesal Netizen Persenda Berita Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Shahrin Zulkifle
10/09/2022
02:00 MYT
Penyampai radio, Izwan Azir Saleh meluahkan rasa kesal apabila segelintir wargamaya yang menjadikan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II sebagai satu gurauan.
Berkongsi rasa kekesalan itu di Instagram, Izwan menyifatkan golongan berkenaan tidak mempunyai sifat simpati dan kurang pengetahun mengenai sejarah.
Dah mangkat tu, mangkat sajalah, bukan Raja kita pun, apa nak kecoh? - Itu antara secebis komen segelintir rakyat Malaysia apabila mendengar khabar kemangkatan Ratu Elizabeth II awal pagi tadi.
“Komen-komen begitu bukan sahaja menunjukkan kita (rakyat Malaysia) miskin rasa simpati, tapi tak habis belajar sejarah.
“Bayangkan jika pemergian Tunku Abdul Rahman ke London dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan, ditolak Ratu Elizabeth, agak-agaknya kita boleh hidup bebas ke hari ni?” tulisnya.
Dalam pada itu, Izwan turut berkongsi sekeping gambar dirinya sedang memeluk potret wajah Ratu Elizabeth II.
Selain itu, dia turut berpesan kepada pengguna laman sosial untuk mengingati jasa baginda Ratu Elizabeth II kerana telah mengurniakan kemerdekaan buat Malaysia.
“Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita.
“Boleh saja jika Baginda menolak untuk mengurniakan kemerdekaan, tapi kerana baginda merasakan Malaya sudah boleh mengurus negaranya sendiri, baginda sanggup melepaskan satu daripada tanah jajahannya,” tambahnya.
Terdahulu, dunia dikejutkan dengan berita kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September di Istana Balmoral, Scotland.
BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#Foodieslife: Resipi Scrambled Eggs Kegemaran Ratu Elizabeth II Terkandung Bahan Unik. Jom Cuba!

gempak
25/09/2022
05:50 MYT
Sedap dan berkhasiat!
Laman Utama

250,000 Orang Beratur Lihat Keranda Ratu Elizabeth II, 26 Juta Tonton Di TV

gempak
23/09/2022
04:40 MYT
Dunia baru kehilangan salah seorang figura paling berpengaruh iaitu mendiang Ratu Elizabeth II.
Laman Utama

Tiada Bukti Ratu Elizabeth II Keturunan Nabi Muhammad

gempak
17/09/2022
06:50 MYT
Dakwaan berkenaan tidak betul sama sekali
Laman Utama

Netizen ‘Bahan’ Cher Gara Gara Emoji Lembu Buat Mendiang Ratu Elizabeth II

gempak
13/09/2022
14:40 MYT
Seluruh dunia masih berkabung di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 8 September 2022 lalu.
Laman Utama

Pahang Kibar Bendera Separuh Tiang Selama Tiga Hari

gempak
09/09/2022
09:42 MYT
Susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II.