,
Viral

KKM Tegur Peniaga Wanita Popular Guna Sarung Tangan Kuning Sediakan Makanan

Firdaus
20/03/2024
07:25 MYT
Penggunaan sarung tangan sememangnya sesuatu yang digalakkan dalam pengendalian makanan.
Akan tetapi, setiap sarung tangan mempunyai fungsi berbeza-beza mengikut warna yang ditetapkan.
Menerusi hantaran tular baru-baru ini, penyediaan makanan seorang wanita meraih perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila dirinya menggunakan sarung tangan berwarna kuning yang difahamkan tidak sesuai dalam penyediaan makanan.

BERITA TRENDING: "Jual Telur Mata Harga RM4.50?" - Netizen Terkejut Harga Makanan Peniaga Bazar Ramadan!

"KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
"Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja. KKM ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersentuhan makanan termasuk sarung tangan dan pihak industri boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk yang dipersijilkan," tulis KKM dalam entri di Platform X. Melihat kepada informasi yang diberi, rata-rata netizen berpendapat penyalahgunaan sarung tangan oleh pengendali makanan perlu dikenakan tindakan serta ada segelintir yang memuji tindakan KKM menegur wanita tersebut.
"Dah kena tegur. KKM buat kerja bagus!"
"Direct KKM tegur dia. Mantap!"
"Harap ada tindakan tegas kepada pelaku tersebut,"
"Saman kompaunlah terus. Bagi kenyataan bukan dia nak dengar pun."
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.