HIBURAN
Kim Soo Hyun Pernah Hantar Surat Cinta Kepada Kim Sae Ron - “Sukar Untuk Tidak Melihat…”
Konflik antara pelakon Kim Soo Hyun dan mendiang Kim Sae Ron semakin hangat diperkatakan apabila lebih banyak bukti yang didedahkan menerusi saluran YouTube Garosero Research Institute.
Antara bukti yang baru dikemukakan ialah sepucuk surat tulisan tangan Kim Soo Hyun kepada Kim Sae Ron bertarikh 9 Jun 2018 yang mana pada ketika itu Soo Hyun berusia 30 tahun dan masih menjalani khidmat ketenteraan.
Pada masa itu, Kim Sae Ron baru sahaja berusia 17 tahun.
Dalam surat tersebut, Soo Hyun menggunakan nama panggilan mesra "Saero-Nero" untuk Sae Ron, menggambarkan kerinduannya terhadap pelakon itu.
Pelakon terkenal itu turut berkongsi kisah harian sepanjang berkhidmat dalam ketenteraan, termasuk pergi ke karaoke, berjemur di helipad, dan menonton Heart Signal 2. Namun, lebih menarik perhatian ialah ungkapan sentimental yang menggambarkan hasratnya untuk berkongsi momen indah dengan Sae Ron.
"Hari ini, cuaca sangat tidak menentu hingga membuatkan saya terasa seperti dihempas ke sana ke mari. Ia hari yang sempurna untuk menulis dan memikirkan kamu, Saero-Nero."
"Saya hanya ingin berkongsi perkara yang saya rasa indah, yang memberi saya kegembiraan… Saya mahu berkongsi semuanya dengan kamu. Sukar untuk melihat wajah kamu, tetapi saya tetap ingin berkongsi isi hati saya." tulis Soo Hyun.
Surat itu diakhiri dengan ungkapan manis dan permintaan halus dari Kim Soo Hyun kepada Sae Ron.
"Saya harap kamu akan terus menjaga saya dengan baik… Salute. Dari jauh, Kim Private First Class." tambahnya.
Terdahulu ibu saudara Kim Sae Ron pernah mendakwa bahawa Kim Soo Hyun yang terlebih dahulu mendekati dan "menggoda" Sae Ron.
Dakwaan ini semakin menguatkan spekulasi mengenai hubungan mereka yang didakwa bermula ketika Sae Ron masih remaja.
Dengan bukti surat ini yang kini tular, peminat dan netizen terus berdebat mengenai kesahihan serta etika hubungan mereka, terutama dari sudut perbezaan umur dan status Sae Ron sebagai seorang remaja ketika itu.
Must-Watch Video