HIBURAN
Kim Sae Ron Sempat Tukar Nama, Alami Masalah Kewangan Sebelum Mati
Kematian aktres Bloodhounds, Kim Sae Ron pada hujung minggu lalu masih menjadi topik utama media Korea Selatan.
Sae Ron ditemui mati oleh temannya di kediaman di Seongsu-dong, Barat Seoul, pada usia 24 tahun.
Selepas kematiannya, kenalan pelakon itu memberitahu Sae Ron sempat menukar nama untuk kembali aktif selepas dirinya terkena cancel culture atas kes kemalangan memandu sewaktu mabuk pada tahun 2022 silam.
“Saya bertemu Kim Sae Ron hujung tahun lalu. Dia sudah menukar namanya kepada Kim Ah Im dan mahu memulakan hidup baharu.
“Dia juga baru menyelesaikan penggambaran filem berjudul Guitar Man dan bercadang untuk kembali aktif,” dakwa seorang kenalan seperti dilaporkan AllKPop.
Selain menukar nama, media tempatan mendakwa bintang yang meledak menerusi lakonannya dalam The Man from Nowhere berdepan krisis kewangan yang teruk selain masalah kemurungan kronik.
BERITA BERKAITAN: Pelakon Siri Bloodhounds, Kim Saeron Ditemui Meninggal Dunia Di Rumahnya
BERITA BERKAITAN: Video Detik Akhir Norshamira Cari Rezeki Buat Netizen Sebak, Ramai Kongsi Pengalaman Pernah Beli Sambal Arwah - “Lemah Lembut Orangnya”
“Kim Sae Ron mengalami kemurungan dan pada masa bergelut dengan krisis kewangan yang kronik ditambah dengan sikap peminat yang kekal melabelkan dirinya negatif selepas insiden kemalangan tersebut.
“Dia melakukan banyak pekerjaan untuk membayar ganti rugi dan kesemuanya. Namun apabila dia ingin kembali aktif, dirinya tidak diterima. Itu membuat ‘kesakitannya’ lambat sembuh,” ujar laporan sama.
Terdahulu pihak berkuasa tempatan mengesahkan tiada unsur jenayah di lokasi penemuan Sae Ron.
“Tiada kesan pecah masuk dan kami tidak menemui sebarang unsur jenayah. Siasatan masih terus dijalankan,” ujar wakil pihak berkuasa tempatan.
Sae Ron pertama kali masuk ke industri hiburan Korea pada 2009 menerusi karya A Brand New Life.
BERITA BERKAITAN: Zahnita Pernah 'Serah Diri' Di Wad Psikiatri - "Suami Bawa Saya, Bila Sampai Saya Rasa ..."
BERITA BERKAITAN: Tiada Penyesalan, Suspek Bunuh & Kerat Uswatun Khasanah Siap Menyanyi Lagu 'Sephia' Ketika Soal Siasat
Must-Watch Video