Salam Muslim
Keyboard Warrior: Kutip Dosa Atau Kumpul Pahala?
Dalam era kecanggihan teknologi masakini, dunia seakan berada di hujung jari. Pelbagai fakta mahupun auta boleh kita perolehi dari sebaran-sebaran yang cukup meluas di media sosial.
Sehingga adakalanya kita lupa untuk membuat saringan terlebih dahulu samada cerita yang ingin disebarkan adakah benar ataupun sebaliknya.
Ramai di antara pengguna media sosial berlumba-lumba untuk menjadi individu terawal yang memberikan maklumat tetapi tanpa membuat kaji selidik secara mendalam terlebih dahulu.
Ditambah pula dengan sikap sesetengah individu yang mendambakan ”Like” selain mahu meraih perhatian umum kononnya ’Posting’ mereka lebih tepat dan hebat.
Tapi tanpa kita sedari, jari-jemari mereka sebagai ’Keyboard Warriors’ sebenarnya lebih tajam dari pisau. Malah tidak keberatan sekiranya menganggap mereka ini adalah lebih licik daripada seorang penjenayah.
Lihat sahaja berita hari ini kita dikejutkan dengan berita palsu kononnya pemergian pelawak Ebby Yus yang dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru.
Ianya sama sekali tidak benar dan memberi kesan buruk kepada Ebby Yus sendiri yang menjadi mangsa ‘Keyboard Warriors’ yang tidak mempunyai nilai sensitiviti yang tinggi.
Bukan Ebby Yus sahaja, malah ramai anak-anak seni lain seperti Shahrol Shiro, Mr Os dan ramai lagi turut terkena tempias kononnya mereka telah pun meninggal dunia akibat masalah kesihatan.
Malah masyarakat umum juga turut menerima nasib yang sama menjadi mangsa penyebaran berita palsu oleh penjenayah siber.
Oleh itu, program Tabayyun bakal mengambil pendekatan untuk menghubungi Ebby Yus menerusi talian secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai berita kematiannya baru-baru ini.
Apakah pengajaran yang boleh kita terima daripada tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh ‘Keyboard Warriors’ di luar sana?
Saksikan program Tabayyun yang dihoskan oleh Wan Kamaraudin Wan Ibrahim 10 malam di Astro Oasis saluran (106 ) yang akan mendapatkan sendiri pandangan Ebby Yus mengenai berita palsu beliau.
Teks Oleh: Khalid Rahman
Must-Watch Video