,
Laman Utama

Kesihatan Mental Semakin Merosot, Yasin Diarah Rujuk Ke Hospital Bahagia

Gempak
08/05/2023
08:20 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Isnin, mengarahkan penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.
Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan daripada pasukan pembelaan.
Semasa prosiding, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili pelantun lagu ‘Mimpi Laila’ itu berkata, pihaknya membuat memohon itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah
Menurutnya, terdapat asas yang kuat untuk kesihatan mental penyanyi berusia 48 tahun yang lebih dikenali sebagai Yasin itu diperiksa oleh pakar psikiatrik.
“Pemerhatian juga perlu dibuat untuk memastikan sama ada Yasin layak untuk dibicarakan atau tidak.
"Pembelaan telah mengemukakan lima laporan perubatan antaranya mengesahkan sejarah kesihatan mental Yasin yang menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder Type I’ sejak 2007,” katanya, ketika sebutan kes pada Isnin.
Beliau berkata, laporan itu juga menunjukkan Yasin pernah diserang ‘simptom manic’ yang boleh membahayakan dirinya.
Menerusi laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), beliau berkata, pihak itu mengesahkan keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa.
Selain Ariff, Yasin turut diwakili peguam, Nur’ain Shahiera Khalid.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini berkata, pasukan pendakwaan tidak membantah perkara itu dan menyerahkannya kepada budi bicara mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Jun depan untuk laporan psikiatrik.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan dijalankan selama 15 hari bermula 6 Mac lalu, yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.
Pada 6 Julai tahun lalu, Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Sumber - SINAR HARIAN-
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.